Thursday, November 25, 2010

CINTA SEORANG HAMBA ITU...


"ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepadaMu,

untuk mencintaiMu dan mencintai orang yang cinta kepadaMu,

juga perbuatan yang dapat menyampaikan diriku kearah cintaMu.


Ya Allah, jadikanlah kecintaan kepadaMu itu yang lebih aku cintai dariada diriku sendiri,


juga melebihi kecintaan kepada keluargaku...

serta melebihi kecintaan kepada air yang dingin" (HR aT-Tarmidzi)


Bismillahirrohmanirrohim.

aSSalamualaikum


pada malam ni, saje2 nak ambil mood untuk menulis semula diblog.

terima kasih pada yang tertunggu-tunggu dan memberi komen membina

sehingga menyebabkan saya update juga blog yang usang ni..


saya mulakan dengan hadith tentang CINTA... yang mana kita perlu menyedari hakikat cinta pada Allah, Rasul dan Jihad adalah yang paling utama. Insyaallah, saya sedang berusaha membenarkan CINTA pada ALLAH, RASUL dan Jihad adalah yang lebih utama berbanding cinta pada keluarga, harta benda, kesenangan hidup... (at-Tawbah:24)


Pengalaman saya bekerja di IBM (lebih kurang 6 bulan) banyak mengajar saya tentang CINTA & KEHIDUPAN.. Dimana Allah S.W.T menemukan saya dengan manusia-manusia yang sangat obses dengan KEHIDUPAN berorientasikan Material. Bagi 'dia' setiap masa adalah peluang dan matawang...


Ragam mereka juga telah banyak kali saya ulang cerita dengan housemate dan hqmate saya. Mungkin mereka bosan, tapi itulah saya...tetap nak cerita.. "maaf andai ana buat antuna boring". Manusia yang Allah temukan dengan saya ini tidak mengenal erti penat atau putus asa demi untuk mencapai cita-cita materialnya.. Saya tidak pasti apa sebenarnya 'goal' yang mahu dicapai oleh beliau. Kadang pernah saya melihat dia sebagai seorang Muslim yang taat pada penciptanya. Namun kadang, saya melihat beliau pada sudut yang barlainan.


Bekerja di automobile outlet kadang-kadang boleh saya klasifikasikan sebagai 'nightmare' dalam hidup. Seringkali malas untuk bangun pagi ke tempat kerja (honestly itulah yang saya rasakan). Bebanan terasa berat dipikul tatkala memikirkan terlalu banyak perkara yang urgent untuk diselesaikan. Dicontohkan, jika RM100,000 itu terlewat sehari berada ditangan 'dia'-saya akan dipertanggungjawabkan. Seperti esok sudah tiada nilai pada amaun tersebut.


Pernah pada minggu peak sebelum auditor datang, saya lewat pulang kerumah, standard hour jam 11pm sehingga 1.30am. Saya pun tak sangka bagaimana boleh saya setabah itu.


Saya ditemani PENJAGA MALAM berjalan kaki kerumah kerana hari dah terlalu malam.. DAHSYAT sungguh. Alhamdulillah selamat. Istighfar banyak-banyak dan memohon keselamatan dari ALLAH S.W.T.


Betapa dirasakan sgt nightmare apabila saban malam saya termimpikan 'dia'. Mimpi yang sangat kerap. Saya tak pernah ceritakan pada sesiapa sebelum ini. Saya rasa ini perkara luar biasa. Saya doa pada ALLAH supayanya ketakutan saya pada makhluk yang dinamakan boss ini akan tidak pernah melebihi ketakutan saya pada ALLAH S.W.T. Setiap kali dhuha saya akan selitkan supaya hati dia dilembutkan oleh ALLAH. Permudahkanlah urusan hamba Ya Allah.. demi untuk agamamu aku menjadi akauntan, aku mahu belajar, maka luruskan niatku, berilah rezki paling berkah dalam pekerjaanku ini ameen....


Kini, saya lebih bersedia..kurang melakukan kesilapan dan dah pandai melawan (argument orang bijaklah).Kadang-kadang 'dia' terdiam dan meng'ia'kan. Alhamdulillah itu peningkatan self-confident saya.


Seringkali juga, saya terfikir untuk mencari kerja ditempat lain, yang lebih mesra dengan jiwa saya. Namun, belum punya kesempatan mencari. Belum ada resume yang 'terkena'.


Apa kaitan cerita saya dan cinta???

Bagi saya, cinta manusia adalah terlalu cenderung kearah cinta-cinta yang tidak realistik. Kereta mewah (ferrari), pakaian berjenama(polo), perfume (paco rabanne), gadgets(blackberry) adalah cinta yang dicita-citakan orang banyak. Saya tidak mengatakan mereka salah, tetapi ini adalah sama sekali tidak benar!!! Sehingga melupakan tanggungjawab yang paling utama disandarkan atas mereka. Sehinggakan kekayaan menjadikan mereka lebih jauh dari Allah S.W.T.


Saya juga bercita- cita menjadi kaya.

Moga kekayaan yang saya miliki nanti akan lebih mendekatkan diri dengan ALLAH S.W.T. Moga saya akan menjadi manusia yang mampu untuk menghadapi ujian kekayaan yang ALLAH s.w.t beri kelak.


amin.insyaallah..







Friday, September 3, 2010

kejar chah kejar!!!!!!!

sedang mengejar target-target yang ditargetkan pada awal Ramadhan.... Moga diberi kekuatan bermujahadah. Kerana Ramadhan itu adalah Madrasah(sekolah) untuk melahirkan manusia yang bertaqwa.

Walau banyak perkara berlaku sehingga menimbulkan ketensionan, namun banyak lagi nikmat yang Allah beri.

Untuk Ramadhan kali ini, saya belum lagi pernah berbuka puasa dengan mak dan abah. Adik beradik lain semua dah pernah. Huhu, siannya saya. Bestla mak dan abah, call semalam dah juz 28. That means lagi 2 juz lagi dah boleh khatam.

Saya sedang mengejar masa.... Im running out of time. Chow!!!!

Tuesday, August 24, 2010

bila dah terjadi, saya terhantuk!


Bismillahirrohmanirrohim...


Lama sungguh tangan ini tak menulis sesuatu yg lahir dari hati. Bosan rasanya menekan nombor dan mengemaskini data inflow dan outflow. Ada sesuatu telah berlaku.


Bila ia berlaku,

kadang-kadang bila sesuatu perkara musibah berlaku, kita amat selalu membayangkan alangkah bagus sekiranya kita berundur setapak atau sesaat kebelakang.


Bila ia terjadi,

Kita terfikir dosa apakah yang ALLAH minta segera azabnya didunia? Lalu, menangis dan menginsafi diri.


Bila ia telah berlalu,

Maka kita pun terduduk kaku, dan mengalirkan air mata. Oh, rupanya sudah seminggu tidak menangis.. ALhamdulillah, masih diberi peluang


Bila ia menjadi peristiwa dulu,

Maka, jadikanlah pengajaran supaya ia tidak lagi berulang dan senantiasalah perbaiki kelemahan. Jangan pernah ada putus asa. INNALLAH MA'ana....


Perkongsian hadith Qudsi:


"Wahai anak Adam, sesungguhnya kamu tidak berdoa kepada-KU dan tidak menharap dari-KU, namun aku tetap mengampunimu sebagaimana keadaan dirimu dan aku tidak peduli. Hai anak Adam, andaikata dosa-dosamu mencapai puncak langit kemudian kamu memohon ampun kepada-Ku, nescaya Aku pasti mengampuninya." (HR Tirmidzi)


Ketika ini, saya belajar sesuatu. Jazakillah kepada yang telah menemani. Uhibbuki fillah.

Tuesday, July 13, 2010

MAHU JADI SEPERTI INI

“Aku membayangkan al-mujahid itu sebagai seorang pemuda yang sentiasa membuat persiapan, menyediakan bekalan, berupaya menguasai fikiran yang memenuhi setiap sudut jiwa dan segenap jurusan hatinya. Dia sentiasa berfikir dan menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap persiapan yang terus menerus. Apabila diseru dia menyahut. Apabila dipanggil dia menjawab. Pulang dan perginya, perkataan dan bicaranya, kesungguhan dan gurauannya tidak melampau bidang yang disediakan untuknya. Dia tidak mengambil tugas selain yang telah dituntut ke atasnya. Dia berjihad di jalanNya. Kamu dapat membaca pada garis wajahnya, melihat pada kilauan matanya dan mendengar pada gerakan lidahnya segala yang bergelora dalam hatinya berupa hawa yang melekat, kesakitan yang terpendam, keazaman yang benar, kesungguhan, cita-cita yang tinggi dan matlamat yang jauh sentiasa memenuhi jiwanya” - As-Syahid Imam Hassan Al-Banna –

Tuesday, June 15, 2010

KILAT

strucked by lightening


good view

after burnt

Jesus statue struck by lightning
OHIO - A SIX-story statue of Jesus Christ was struck by lightning and burned to the ground, leaving only a blackened steel skeleton and pieces of foam that were scooped up by curious onlookers on Tuesday.

The 'King of Kings' statue, one of southwest Ohio's most familiar landmarks, had stood since 2004 at the evangelical Solid Rock Church along the Interstate 75 freeway in Monroe, just north of Cincinnati.

The lightning strike set the statue ablaze on Monday, Monroe police dispatchers said.
The sculpture, about 19m tall and 12m wide at the base, showed Jesus from the torso up and was nicknamed Touchdown Jesus because of the way the arms were raised, similar to a referee signaling a football touchdown. It was made of plastic foam and fiberglass over a steel frame, which is all that remained on Tuesday.

The nickname is the same used for a famous mural of the resurrected Jesus that overlooks the Notre Dame football stadium. The fire spread from the statue to an adjacent amphitheater but was confined to the attic area, and no one was injured, police chief Mark Neu said.
Estimated damage from the fire was set at US$700,000 (S$973,980) - US$300,000 for the statue and US$400,000 for the amphitheater, fire captain Richard Mascarella said on Tuesday.
The Ohio State Highway Patrol was at the scene on Tuesday to prevent traffic jams and potential accidents from motorists stopping along the highway to take photographs. -- AP

Bismillahirrohmanirrohim
Seputar pengisian yang saya kongsikan dengan adik-adik minggu lepas telah saya mulakan cerita tentang kejadian Kilat. Seperti firman Allah dalam surah Ar-Rum:24
" Dan diantara tanda-tanda kebesaran-Nya, Dia memperlihatkan kilat kepadamu untuk (menimbulkan) ketakutan dan harapan dan Dia menurunkan air (hujan) dari langit, lalu dengan air itu dihidupkannya bumi setelah mati (kering). Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang mengerti".
Bagaimana sebenarnya kilat ini secara saintifik telah dikaji, ia akan kerap berlaku di kawasan-kawasan yang paling tinggi pencemaran. Seperti kalau di MALAYSIA, kawasan yang kerap berlaku kilat adalah di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru. Dek kerana pencemaran udara yang tinggi, kilat secara semulajadinya akan mengekalkan kandungan gas diudara pada peratusan yang asal.
Sebab itulah, bila terjadi kilat, selalunya akan disusuli hujan. Kemudian, kita akan hirup udara yang sangat segar selepas itu. Begitulah kebesaran Allah SWT.
Walaupun kadangkala kita takut dan tak suka pada kilat dan petir, namun sebenarnya kejadian itu terkandung hikmah yang sangat besar.Subhanallah.
Merujuk semula kepada berita yang berlaku di Ohio yang saya selitkan diatas tadi, dapat kita lihat bahawa sebuah PATUNG TAK GUNA yang dinamakan King of Kings itu, tak mampu pun nak melawan KILAT yang Allah swt jadikan. Itulah namanya patung yang terhasil dari ilusi manusia. Tak mampu langsung nak melawan kejadian KILAT yang realiti dari Allah SWT.
Jadi, marilah wahai manusia sekalian, mari kita mendalami ilmu kosmologi. Tak rugi!!! Lagi banyak kita tahu, lagi dekat kita dengan pencipta. Insyaallah.
~ fakta saintifik tentang kejadian kilat, tak dapat saya uraikan dengan baik kerana tidak dapat menemukan buku tentang itu. Hanya sekadar perkongsian yang didapati dari training.
Wassalam
Aisyah,
Jalan Pahang KL.



Wednesday, June 2, 2010

DOAKAN MEREKA.... seikhlasnya


Ya Allah, Sebagaimana Engkau pernah menghantarkan burung-burung Ababil menghancurkan tentera-tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada-Mu Ya ALLAH... kau turunkanlah bantuanmu kali ini kepada orang-orang Islam di Palestine dan dan aktivis-aktivis pro-palestine, hancurkanlah rejim zionis Yahudi sedahsyat-dahsyatnya... Amin


Sunday, May 16, 2010

1st DAY

Hari ini pengalaman hari pertama saya bekerja ditempat baru. Susah juga nak melelapkan mata malam tadi apabila teringatkan cabaran yang bakal dihadapi ditempat kerja pada keesokannya. Selepas membersihkan diri dan mengemas keperluan untuk dibawa esok, mata saya langsung susah untuk dibuka lagi. Tepat jam 12.20a.m saya melabuhkan mata diiringi doa dan mengadapkan badan kearah kiblat. Seperti kebiasaannya, saya tidak setting alarm clock. Saya percaya dapat bangun pada waktu yang saya kehendaki esok, ya… dengan izin Allah s.w.t.
Seperti ada kuasa membangunkan saya pada jam 5a.m. Dengan pantas, terus bangun menuju ke bilik air dan mengambil wuduk. Saya membawa telekung dan sejadah keruang tamu kerana disitu nanti insyaallah akan dapat ketenangan bermunajat pada Allah s.w.t. Ruang tamu rumah apartment Vista Angkasa ini ada sliding door dan angin paginya sangat Freshie.
Oh, saya rasa iri hati dengan sahabat serumah tatkala melihat dia bersujud diatas hamparan sejadah. Dalam hati saya katakan ‘oh, dia lebih awal bertemu Allah, dan aku lewat!
Mata tidak lagi mengantuk ,,, saya sarapan, iron baju sambil membuka rancangan pagi Malaysia Hari Ini di TV3. Susah juga nak buat pilihan baju untuk dipakai. Yelah, saya kekurangan baju-baju cantik. Takde pilihan tudung yang matching. Bila rasa susah buat plihan, saya beristighfar dan membetulkan niat kembali, “aku berbaju dan bertudung bukan untuk kelihatan cantik dihadapan manusia, tapi berbusana mengikut syariat dan berniat untuk menutup aurat. Apa dikisahkan dengan pandangan manusia. Asalkan, kita Nampak kemas sudah, kerana itulah yang dituntut dalam etika berpakaian menurut Islam.”
Penampilan hari ini adalah Jubah Hitam bersulam bunga daisy merah dan tudung bidang 60 dari jenis kain cactus pemberian mak saya. Saya melihat penampilan dicermin supaya Nampak yakin. First day will give 1st impression to others. Itu yang saya fikirkan.
Jam menunjukkan lagi 15minit ke angka 8. Saya menghamparkan sejadah untuk solat Dhuha. Dalam doa saya mohon supaya Allah mudahkan urusan dunia saya untuk mudah saya menggapai akhirat nanti, insyaallah.
Selesai berdoa, lipatan tudung kembali saya kemaskan. Helmet dan baju wind breaker segera dicapai. Bimillah… suhnallazi sahhara lanaa haaza wama kunna lahu mukrinin, wa inna ila robbina lamunkalibuun.. dengan yakin terus masuk gear dan membelah jalan.. Jalan Pantai Bharu,, Jalan Bangsar, Jalan Mahameru, Jalan Tun Razak dan akhir sekali Jalan Pahang.
Hati saya berdebar lagi ketika masuk ke persimpangan Bandar Baru Sentul, ini bermakna saya sudah hampir dengan tempat bekerja. Oh, baru jam 8.30a.m belum ada yang sampai lagi dan pintu pagar premis belum dibuka. Saya meneruskan perjalanan dan bertujuan untuk meronda as well as survey kawasan sekitar.
Subhanallah, ada lrt berdekatan dan banyak rumah-rumah pangsa disekitar premis. Peluang cerah untuk berpindah rumah. Moga Allah permudahkan, detik hati saya.
Kira-kira jam 9a.m, receptionist sudah sampai. Saya menamatkan perbualan telefon dengan mak. Kira-kira 3minit saya bercerita dengan mak tentang kawasan sekitar tempat kerja, mak pula berkongsi kegembiraan kerana PR menang pilihanraya kecil di Sibu, SARAWAK…..oh, saya noKOMEN.
Entering the office, wow!! Very nice office furnishes with all white furniture. I was mesmerized! PA Boss tunjukkan pejabat saya. Subhanallah, saya tak jangka! Saya ada bilik khas. Perabot dalam tu, semua berwarna putih dan bila saya duduk , saya boleh lihat semua meja-meja staff yang diletakkan diluar. So, saya dapat pantau STAFF yang lain. Berlagaklah tue..
Saya semak semua fail yang ditinggalkan oleh Akauntan yang lama. Saya ambil masa untuk study the documents of the company. Saya diperkenalkan dengan staff-staff yang lain dan semuanya friendly. Jenis take care, gelak kuat-kuat and so on >’_’Internet connection was very low and I just finish review the documents. Apa yang dikesalkan sekarang adalah saya tidak membawa tafsir al-Quran seperti kebisaan saya. Hari ini saya bawa tas tangan yang kecil dan tak dapat nak memuatkan my tafsir. Saya juga menyangkakan hari ini terlalu banyak perkara perlu dibuat dan saya tak sempat bertilawah dipejabat. Jadi tinggallah my pink Quran. So sad.
Saya tak tahu nak buat apa sekarang dan saya menaip apa yang saya lalui sepanjang malam dan setengah hari ini dalam hidup saya. Inilah catatan saya yang paling terperinci yg saya publish.
Dan pada hari ini juga saya merakamkan ucapan syukur terhadap Allah s.w.t atas kasih sayang dan cintaNya pada saya sebagai hamba, hingga hari ini terlalu banyak nikmat yang dilimpahkan kepada hamba. Moga hamba ini dapat mempersembahkan ‘amal terbaik sepanjang tempoh diberi hidup dibumiMu ini.
Pada jam 1.06pm. Saya terdengar alunan ayat Quran. Rupanya ada masjid berdekatan. ALHAMDULILLAH. Mengingatkan kita pada waktu solat. Boleh berjalan kaki kemasjid.

SALAM dari sya yg takde kerja

MAHABBAH ADALAH KALIMAT AQIDAH

Bismillahirrohmanirrahim

Seputar pengisian yang saya dapat malam tadi, saya ingin kongsikan pada post kali ini.
ada soalan dari penceramah jemputan pada malam tadi yang membuatkan saya tertarik dan berfikir banyak.

Apakah tujuan dasar penciptaan hati?

jawapan spontan dari kami bertiga adalah, waa bombastik question? dan ada juga yang menjawab hampir tepat dengan jawapan yang ada dalam benak penceramah.

jawapannya adalah: untuk mencintai dan mentaati Allah s.w.t. simple tetapi penuh dengan pengertian dan terkandung makna yang besar.

kecintaan dan ketaatan pada Allah s.w.t menuntut kita untuk memahami makna ikhlas dalam beramal, juga kita harus memahami erti pengorbanan yang sebenar baik dari segi jiwa mahupun pengorbanan dari segi harta.

wallahu'alam

Thursday, May 6, 2010

kerja baru

bismillahirrohmanirrohim...

no idea to say about the above title.
SO, try dulu, dan banyak yang bg pendapat
...kak umi nazrah said: fresh graduate memang sepatutnya banyak kali tukar-tukar kerja untuk cari mana satu yg paling cocok dengan diri kita
... abang said: try dulu, if u perform, they will pay u more...
... mak said: cah, jangan pegi kerje naik motor... mak risau. k.l tue sibuk sangat, tiap2 hari ada jer kes2 buruk yg jadi. kita ni perempuan, kalau lelaki mak x lah risau sgt. nnt dah dok tempat baru make sure 2-3hari sekali mesti call mak. mak ni kat kmpg, x tau ape anak-anak buat kat sane. jgn ligat sgt naik moto kesana- kemari.

saya tarik nafas panjang...

ALLAHUAKBAR.. moga Allah bersama-sama dengan keputusan yang saya buat. 3rd company selepas 6bulan bergelar mahasiswa. Bukan mahu terlalu memilih kerja, tapi mencari pengalaman dan ingin mencabar diri.

One thing yg dirasakan advantage adalah tempat baru ni sgt berdekatan dengan UKMKL dan menggunakan jalan sehala ke UIA.

Bagi saya, tawaran kerja ni adalah rezki yang tidak disangka-sangka. Sekitar minggu lepas, saya banyak mentadabur ayat-ayat berkenaan infaq. Dan, pada minggu ini.. Allah dah beri jalan dan idea untuk saya berinfaq. Subhanallah, cantik sungguh Allah aturkan hidup saya.

Yang paling saya tersentuh adalah firman Allah dalam surah Al-Baqarah:273
"(apa yang kamu infakkan) adalah untuk orang-orang fakir yang terhalang (usahanya kerana jihad) di jalan Allah, sehingga dia tidak dapat berusaha diBumi; (orang lain) yang tidak tahu, menyangka bahawa mereka adalah orang-orang yang kaya kerana mereka menjaga diri (dari meminta-minta). Engkau (Muhammad) mengenal mereka dari ciri-cirinya, mereka tidak meminta secara paksa kepada orang lain. APAPUN HARTA YANG BAIK KAMU INFAKKAN,SUNGGUH, ALLAH MAHA MENGETAHUI"

Syukur, alhamdulillah

Sekitar pengisian yang diterima minggu lepas, saya diajar tentang HAQQUL TAWAKKAL. Sangat suka dengan hadith yang diajarkan.

Dari Umar r.a berkata:
"saya mendengar rasulullah s.a.w bersabda: 'andaikata engkau sekalian itu suka bertawakkal kepada Allah dengan SEBENAR-BENAR tawakkal, nescayalah dia akan memberikan rezki pada-Mu sekalian sebagaimana Dia memberi rezki kepada burung. Pagi-pagi burung berperut kosong dan sore-sore kembali dengan perut yang berisi"
(hadith riwayat Tirmizi)

Akhirul kalam, sentiasalah optimis dengan Allah.

Monday, March 15, 2010

LORONG KEMATIAN - must read edition!!!!

Sedikit sedutan buku Lorong Kematian written by GEIDURRAHMAN AL-MISHRY keluaran Telaga Biru.

Sang Pendosa dan Si Penumpuk Harta yakin, Allah menciptakan syurga dengan segala kenikmatannya; bidadari , istana, sungai dan taman-taman yang indah yang hanya membuatnya sakit hati dan iri. Lalu, ia mencakar-cakar wajahnya sendiri, memukul kepala sendiri, sembari menjatuhkan diri atas tanah.

“Aku telah menyia-nyiakan hartaku!”

“Aku telah menyia-nyiakan hidupku!”

“Aku telah menyia-nyiakan umurku!”

“Aku telah menyia-nyikan waktuKU!”

“Aku telah menyia-nyiakan tubuhku!”

Bagi diri sendiri dan sesiapapun yang zikrulmaut@mengingati mati, carilah buku ini untuk dibaca dan dihayati. Makin tua kita, maka kematian semakin hampir, x kira tua atau muda, sihat atau sakit, kaya hatta ahli nujum dan tuan doktor pun akan mati juga.

Kisah-kisah di hari akhir disusun dalam bentuk cerita yang dialami oleh Sang Hamba yang Soleh bernama Hafidz Al-Farisi ini bisa membuatkan hati kita gementar dan betapa ingin untuk beramal soleh dan menjadi insan terpilih menemui jannah@syurga Allah.

Lantaran, selepas membaca perlu ada kesan dalam hati dan diri kita. Mulalah, mengevaluasi apa amal yang kita bawa menemui Robb Izzati, Robbul Jalil -

Friday, March 12, 2010

personality plus

apakah personality plus anda? saya seorang sanguine.... dah dua kali buat test. Perlu diingatkan Ya Aisyah, kalau kamu terus syok menjadi sanguine yg popular kita x akan sukses dalam hidup ni.

benar,

kerana seorang sanguine tidak memerhatikan@merancang kehidupannya. Repetitive melakukan kesalahan dan tidak menguruskan kehidupan dengan cantik. itulah part negative yg saya sedar dalam karakter saya sendiri.

that's y lah, dalam buku self-help -Personality Plus yg dikarang oleh Florence Littauer ada personality summary

apabila kita dah tau kita tergolong dalam kategori mane, kita perlu memperbaiki diri kita.

seorang sanguine mungkin sahaja x suka dengan melankolik type of person, too details and make the life become more complicated, tp sebenarnya sanguine harus mengambil 30-40% sifat melankolik untuk menguruskan hidupnya.

saya pun x habis lagi membaca buku yang dibeli oleh seorang sahabat ketika lawatannya ke Bandung, Indonesia.

Anyway, it was really interesting to learn about people's personality. Kalau bersembang dikalangan org yg mengetahui Personality Plus ini, sgt best.Kita rancak menganalisis manusia. Mengenal kawan-kawan disekeliling dan lebih mudah kita menerima org lain punya perangai!

Special thanks dedicated to Miss Wan Khadijah and Mr. Haji Hizul as well as Fina because you guys teach me a lot about this PP Subject!

SEGERALAH MELAKUKAN TAUBAT

Ibnul Qayyim al-Jauziah, mengatakan tak layak seorang hamba, menunda-nunda dalam melakukan taubat. Melakukan taubat dari dosa merupakan kewajiban yang harus dilakukan. Tidak boleh ditunda. Apabila seseorang menundanya, melakukan penundaan berarti ia telah melakukan pelanggaran.

Tak ada satupun manusia yang akan tahu kapan saat datang kematian. Apabila saat datang kematian, tak dapat manusia menundanya. Betapapun manusia itu memiliki kekuasaan, harta kekayaan yang tak terhingga, atau hidup diantara istana-istana yang dikelilingi oleh para pengawal, tak dapat mencegah akan datangnya kematian. Bagaimana manusia akan mengakhiri kehidupannya? Dengan lumuran dosa, maksiat, durhaka, serta dalam kekafiran, dan tak pernah meminta ampun dan taubat kepada Rabbnya?

Sesungguhnya, bila manusia telah melakukan taubat dari suatu dosa, maka manusia masih berkewajiban melakukan taubat yang lain lagi, yaitu bertaubat dari menunda taubat. Betapa banyaknya manusia yang menunda-nunda taubat, dan tidak mau menyadari hakekat dosa yang mereka lakukan setiap hari, bahkan setiap detik, tetapi masih belum mau bertaubat, dan menganggap tidak perlu bertaubat atas segala dosa yang telah dilakukannya.

Manusia selalu menganggap dirinya bersih, tanpa dosa, tidak bersalah, dan benar, serta tidak peduli terhadap kehidupannya. Banyak orang-orang yang mengerti hakekat ‘din’ (Islam), tetapi justru sangat berani berbuat dosa, dan tidak mau bertaubat. Manusia yang lebih mengerti syariat lebih sering melanggar syariat Allah Azza Wa Jalla, dan merasa apa yang dilakukan itu benar, karena telah tertipu oleh hawa nafsunya.

Kadang-kadang kesadaran itu datangnya sangat terlambat. Kesadaran datang, saat manusia sudah tidak dapat keluar lagi dari kubangan dosa dan perbuatan durhaka. Manusia menjadi tawanan kesesatannya, dan diperbudak oleh hawa nafsunya, serta menjadi hamba setan. Perbuatannya yang mengikuti, ‘khuthuwatis syaithon’, justru diyakini sebagai sebuah kebenaran, dan menuju jalan ridho-Nya. Padahal, manusia itu telah dibelenggu oleh sifat-sifat setan, dan sebenarnya telah masuk perangkap setan, serta tidak mampu lagi membedakan antara yang haq dan bathil.

Menurut Ibnul Qayyim al-Jauziah, tidak ada yang dapat menyelamatkan manusia, kecuali melakukan taubat secara umum, dari dosa-dosa yang diketahuinya dan tidak ketahuinya. Manusia itu hakekatnya tak pernah dapat terbebas dari dosa. Setiap saat manusia itu membuat dosa. Dosa-dosa yang tidak diketahuinya tersebut lebih banyak, dibandingkan dengan dosa yang diketahuinya. Manusia tidak akan dapat terbebas dari hukuman dari Allah Azza Wa Jalla, atas segala perbuatannya. Tidak ada lagi gunanya melakukan penyesalan ketika manusia sudah di akhirat, dan berada dihadapan ‘yaumul hisab’.

Manusia tidak akan dapat kembali ke dunia untuk mendapatkan ‘fursoh’ (keringanan), kembali ke dunia untuk melakukan kebaikan, sebagai bentuk penyesalannya, karena tidak pernah mau bertaubat agar segala kejahatan dan dosanya, ketika manusia masih hidup di dunia. Banyak diantara mereka yang sombong dihadapan Allah Azza Wa Jalla, menantang dengan kesombongannya, dan bersedih ketika mereka sudah berada di ‘padang mahsyar’ bersama dengan manusia lainnya, yang melakukan dosa.

Karena itu, manusia yang sombong tidak mau bertaubat, tergolong manusia yang menyekutukan Allah Azza Wa Jalla, dan menganggap dirinya benar, serta tidak melakukan kesalahan dalam hidup ini.

Nabi Sallahu Alaihi Wa Sallam, bersabda :

Kemusyrikan dikalangan umat ini lebih samar daripada rayapan (merayapnya) seekor semut”. Lalu Abuk Bakar bertanya, “Bagaimanakah cara menyelamatkan diri darinya, wahai Rasulullah?”. Beliau menjawab, “Ucapkanlah : Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari memperseku-kan-Mu dengan sesuatu yang akau ketahui, dan aku mohon kepada-Mu dari sesautu yang tidak akan ketahui”.

Inilah istighfar dari sesuatu yang diketahui Allah sebagai dosa, sedangkan hamba tidak mengetahuinya. Baginda Rasulullah Shallahu Alaihi Wa Sallam, selalu mengucapkan istighfar, dan berdzikir, serta bermunajat, mohon ampun kepada Rabb-Nya, padahal Beliau memiliki sifat yang ma’shum, yang dijamin dijaga dari perbuatan dosa, tetapi tidak sombong dihadapan Allah Azza Wa Jalla, dan selalu menyadari bahwa dirinya seorang hamba, yang ‘dhaif’, dan tidak terlepas dari dosa, dan mohon ampun serta taubat.
Dalam hadhistnya Nabi Shallahu Alaihi Wa Sallam, bersabda :

Ya Allah, ampunilah kesalahanku dan kebodohanku, dari berlebih-lebihanku dalam urusanku, dan apa yang Engkau lebih mengetahui daripadaku. Ya Allah, ampunilah keseriusanku dan permainanku, kekhilafanku, dan kesengajaanku, semua itu ada padaku. Ya Allah, ampunilahy apa yang telah aku lakukan dan apa yang aku tunda, apa yang aku sembunyikan, dan apa yang aku lakukan dengan terang-terangan, dan apa saja yang Engkau lebih mengetahui daripada aku. Engkau adalah Tuhanku, tiada Tuhan selain Engkau”.

Begitulah rintihan do’a yang disampaikan oleh Baginda Rasulullah Shallahu Alaihi Wa Salam, tanpa henti, dan terus bermunajat serta memohon ampun dan bertaubat.
Dalam hadist yang lain, disebutkan :

Ya Allah, amunilah dosaku semuanya, yang kecil dan yang besar, yang tidak sengaja dan yang sengaja, yang sembunyi-sembunyi dan yang terang-terangan, yang pertama dan yang terakhir”.

Ungkapan do’a dan taubat yang disampaikan oleh Baginda Rasulullah Shallahu Alaihi Wa Sallam, terus mengalir, padahal Beliau manusia yang ma’shum, kekasih Rabb-nya, dan telah dijamin masuk surga-Nya, tetapi menyampaikan taubatnya. Wallahu’lam.

BY: Mashadi

http://www.eramuslim.com

Sunday, January 17, 2010

PERCATURAN ALLAH S.W.T

Bismillahirrohmanirrohim

Berita 1: ayah seorang teman seperjuangan saya telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Moga teman yang dikasihi kerana ALLAH ini tabah dan tergolong dari golongan mereka yang dapat memberi ganjaran pahala pada si Ayah. Moga rohnya dirahmati Allah. Ameen

Berita 2: Pada jam 12.50 tengahari En. Zailan telah memanggil saya masuk ke ofisnya. Ada kawan boss ni perlukan orang@akauntan bekerja disyarikatnya yang terletak di Bangsar.
Disebabkan rumah saya dekat dengan syarikat kawannya, maka saya dipilih untuk masuk bekerja disana. Rasa macam speechless masa dia tanya, setuju @x. Dan berkali2 dia ulang, kami x halau, tp nakkan yang > baik untuk staffnya.
Dan kalau x serasi bekerja ditempat baru, segera hubungi dia balik. waaa,, manisnya bicara!!

Benefitnya, rumah dekat- lebih kurang 5minit dr Pantai Permai. Mungkin ini tanda termakbulnya doa emak yang selalu risau saya berulang-alik bekerja naik moto. Perjalanan dari Pantai Permai ke Setapak mengambil masa lebih setengah jam untuk sampai.

Sedihnya nak tinggalkan kawan2 yg sama2 bertungkus lumus since our practical training lagi. Haiz best, Syue caring, aina komited!!!!!

Special thanks jugak for Kak Ida yang paling bnyk beri comment dan tunjuk ajar sepanjang saya buat kerja-kerja tax.

Luv u all

ZAILAN & ASSOCIATES
was my first step to be an accountant

rukun JAHILIYYAH

Bismillahirrohmanirrohim

1) Tiada iman kepada Allah
2) Mengikut hawa nafsu
3) Tenggelam dalam syahwat
4) Kekuasaan Thaghut

4 perkara diatas adalah tanda-tanda seseorang manusia itu layak dikategorikan sebagai seorang yang Jahiliyyah.

Jahiliyyah bukan sahaja bererti 'bodoh' dalam makna bodoh dari sudut ilmu dan pengetahuan, bahkan ia lebih kepada, mereka2 yang sebenarnya jauh dari landasan Islam dan iman pada Allah s.w.t.

Jahiliyyah masyarakat Arab pada zaman Nabi Muhammad s.a.w juga bukanlah bodoh dan tidak bijak. Bahkan, mereka mempunyai ilmu perniagaan dan perdagangan yang cukup bagus. Tetapi, sikap mereka yang banyak mengikut hawa' dan tenggelam dlam nikmat dunia yang menyebabkan mereka digelar Jahil.

insyaallah...bersambung

Thursday, January 14, 2010

NURUL IZZAH ANWAR

Pada hari Rabu yang lepas saya beramah mesra dengan YB Puan Nurul Izzah Anwar- ahli dewan undangan Negeri Lembah Pantai. Al maklum jelah, buat masa ni saya mentewa di flat Pantai Permai.

Saya terjumpa YB Muda ni kat pasar malam around 7pm. waaa, dah malam tu, YB and the geng tengah melawat kawasan jajahannya sambil beramah mesra dengan penduduk. Ramah dan lemah lembut,. Itulah my first impression saya pada dia. No wonder dia boleh menang PRU yang lepas!!

Hopefully, dapat jumpa pulak dengan family dia termasuklah ayah dan ibunya. Dinner same ke.. Boleh korek banyak rahsia. :p

Salam Reformasi!!! eh, relevan lagi ke?

konspirasi DAJJAL!!!! - AJL

The All Seing Eyes-illuminati

search all seing eyes

Geram...marah...kesal...kesian!!!

Artis Malaysia mungkin antara manusia yang terkena 'buatan' Illuminati. Saya tidak mahu untuk menulis panjang.

Saya mengalu-alukan anda semua untuk meneroka dan ambil tahu tentang gerakan Yahudi bawah tanah di laman:

www.holywar-efairy.blogspot.com
www.rijal82.blogspot.com

Ayuh kita bangkit 'menyerang' Yahudi laknatullah.

Tuesday, January 12, 2010

UKHWAFILLAH


Bismillahirrohmanirrohim

Moga ukhwah ini berkekalan hingga kita Shahyd. Ameen!!

Nama baru dalam hidup seorang pejuang:
Maryam Jamilah
Nurul Shamlin
Fatimah Az-zaharah
Aizan

Ya Allah, permudahkanlah urusanku dalam mencapai cita-cita. Ameen

Sunday, January 10, 2010

RINDU KAMU SEMUA

Mak dan Abah

Nur Irsyalina Shahrom

Adam tengah usik-usik kakak Nina
Ilyana & Maman Edy

Thursday, January 7, 2010

FOREX dan HUKUMNYA.

Pelaburan Dan Meniaga FOREX

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

Soalan

Saya ingin minta pihak ustaz untuk menerangkan tentang pelaburan tukaran matawang asing dan juga perniagaan Forex. Bagaimana pula jika saya melakukan transaksi sendiri dengan berbekalkan analisa sendiri atau yang disediakan oleh broker dengan melayari internet. Kemudian memperolehi untung dari jualan dan belian matawang asing ini. Terima kasih

Forex sumber kewangan keluarga ?

Jawapan

Bagi menjawab soalan ini, anda perlu memahami dua jenis perkara iaitu :-

1- Melabur wang ringgit anda ke dalam satu syarikat yang memperolehi untung melalui FOREX.

2- Melantik satu platform atau syarikat untuk menjalankan jual beli wang asing dan simpan. Semua transaksi dijalankan oleh anda sendiri, syarikat hanya menyediakan platform dan mengambil upah perkhidmatan sahaja.

Pertama : Hukum bagi melabur dalam syarikat yang menjalankan FOREX :

Forex (Foreign Exchange) atau yang lebih dikenal dengan Perdagangan Mata wang Asing; Ia merupakan suatu jenis perdagangan/transaksi yang memperdagangkan matawang suatu negara terhadap matawang negara lainnya yang melibatkan pasar-pasar matawang utama di dunia selama 24 jam secara berterusan.

Benar, memang FOREX matawang adalah diharuskan, tetapi keharusannya tertakluk kepada sejauh mana ia menurut garis panduan yang dikeluarkan dari hadith Nabi yang sohih. Iaitu :-

a- Ditukar (serah dan terima) dalam waktu yang sama ia disebut dalam hadis sebagai "yadan bi yadin". Dalam bahasa Inggerisnya adalah "on the spot basis". Ia datang banyak hadis antara yang paling utama adalah :'

الذهب بالذهب , والفضة بالفضة , والبر بالبر , والشعير بالشعير , والتمر بالتمر , والملح بالملح , مثلاً بمثل , سواء بسواء , يداً بيد , فإذا اختلفت هذه الأصناف فبيعوا كيف شئتم

Ertinya : Emas dengan Emas ( ditukar atau diniagakan) , perak dengan perak, gandum dengan gandum, tamar dengan tamar, garam dengan garam mestilah sama timbangan dan sukatannya, dan ditukar secara terus ( pada satu masa) dan sekiranya berlainan jenis, maka berjual-belilah kamu sebagaimana yang disukai" ( Riwayat Muslim, no 4039 no hadith , 11/9 ) .

b- Nabi bersabda :-

فإن رَسُولَ اللَّهِ قال الْوَرِقُ بِالذَّهَبِ رِبًا إلا هَاءَ وَهَاءَ

Ertinya : Sesungguhnya Rasulullah s.a.w berkata : Pertukaran antara perak dan emas adalah riba kecuali jika ia dilakukan secara serentak (serah terima dalam satu masa)" (Riwayat Muslim, no 1586, 3/1209)

c- Manakala pembelian secara hutang dari salah satu antara dua pihak adalah haram berdasarkan hadis :-

نهى رسول اللَّهِ عن بَيْعِ الذَّهَبِ بِالْوَرِقِ دَيْنًا

Ertinya : "Rasulullah s.a.w melarang dari menjual emas dan perak secara berhutang"( Riwayat Al-Bukhari, no 2070, 2/762)

Hadis-hadis di atas menyebut perihal displin Islam dalam pertukaran emas dan perak. Untuk informasi, ulama bersepakat bahawa matawang (bank note) juga adalah sama displinnya dengan emas dan perak disebabkankan nilai dan fungsinya sebagai 'medium of exchange'. Justeru setiap displin dan syarat transaksi yang melibatkan emas dan perak juga TERPAKAI pada urusan transaksi matwang. Demikian keputusan Majlis Fiqh Antrabangsa dan juga Majlis Kewangan Islam Antarabangsa di bawah AAOIFI.

FOREX dalam matawang yang diuruskan oleh syarikat konvensional sudah pasti tidak akan menjaga syarat ini kerana kebanyakan FOREX yang dijalankan oleh institusi Konvensional adalah ‘Forward FOREX' atau Forex yang menggunakan ‘Value forward' (nilai masa hadapan) yang tergolong dalam Riba Nasiah. Mereka juga kerap menggunakan SWAP, Options dan lain-lain instrument yang tidak halal di sisi Shariah.

Instrumen-instrumen tadi tidak memenuhi syarat Islam iaitu serah terima atau disebut "qabadh" dalam Islam secara benar "hakiki" atau "hukmi" pada waktu yang sama. Masalah dalam implementasi FOREX adalah bertangguh dalam penyerahan dari kedua-dua pihak. Tatkala itu aqad menjadi batal (Radd al-Muhtar ala ad-durr, 4/531).

Tidak saya nafikan, bahawa terdapat sesetengah Institusi Kewangan Islam yang melakukan forex ini setelah mendapatkan kelulusan Majlis Penasihat Shariah mereka, Namun semua mereka hanya terlibat dalam FOREX jenis SPOT dan bukannya jenis ‘Forward' ; jika adapun jenis forward ia menggunakan konsep Al-WA'D atau 'Unilateral Promise' dan ia telah disepakati keharusannya. Apa yang pasti, Majlis Shariah mereka telah meletakkan beberapa syarat dan bukannya secara bebas begitu sahaja.

Justeru MELABUR MODAL ( BEERTI ANDA MELABUR DAN KEMUDIAN TUNGGU UNTUNG SAHAJA) dan di dalam institusi kewangan konvensional yang memperolehi untung melalui cara FOREX adalah tidak halal di sisi Islam.

Ia adalah keputusan Panel Penasihat Shariah dunia yang bernaung di bawah nama Accounting & Auditing Organization For Islamic Institutions (AAOIFI). Antara panel penasihat Shariahnya adalah Syeikh Mufti Taqi Uthmani, Prof. Dr. Syeikh Wahbah Zuhayli, Prof. Dr. Syeikh Siddiq Dharir, Syeikh Abdullah al-Mani', Dr. Abd Sattar Abu Ghuddah, Syeikh Dr. Nazih Hammad, Syeikh Dr. Hussain Hamid Hassan, Syeikh Nizam Ya'quby, Dr. Mohd Daud Bakar, Syeikh Al-Ayashi al-Sadiq Faddad, Syeikh Dr. Ajil Nashmi dan ramai lagi.

KEDUA : Hukum FOREX TRADING yang dijalankan sendiri-

Bagi mengetahui hukum bagi bentuk kedua ini, pertama-tamanya ia tertakluk kepada :-

a- Kesohihan dan kewibawaan syarikat platform dari sudut lesennya dan pengenalannya. Ia diperlukan bagi mengelak anda ditipu oleh platform syarikat yang tidak sebenar. Butiran terperinci berkenaan platform ini mestilah diteliti dan boleh diperolehi. Jika tidak, transaksi anda adalah syubhat dari awal lagi keran terdapat unsur gharar.

b- Jika platform tersebut punyai wibawa dan lessen serta info yang sangat mencukupi, perkara kedua adalah menilai akta-akata berkaiatan dengan aktiviti ini dari badan berwajib di Malaysia. Ini perlu bagi memastikan anda tidak terlibat dengan aktiviti menyalahi undang-undang Negara.

Jika yang kedua juga lulus, saya kira transaksi jual matawang asing dan simpan dan kemudian jual semula apabila harga tukarannya naik adalah harus kerana ia secara automatiknya dilaksanakan menurut kaedah ‘spot'. Namun mari kita sama-sama cuba mehami dan menyemak bagaimana proses ini dilakukan secara ringkas dan melihat pandangan Islam tentangnya.

Setakat apa yang diterangkan oleh individu yang terlibat dan yang tahu berkenaan cara forex trading memlali internet ini. Ia seperti berikut :-

1) Ia mempunyai minimum modal. Sebagai contoh USD 1, USD 100 dan lain-lain, ia berbeza mengikut polisi syarikat forex trading masing-masing.

2) Dengan modal itu, pihak syarikat platform forex trading ini akan membukakan satu akaun khas buat peserta.

Setelah itu, pihak peserta akan menentukan samada untuk membuka kaunter jualan matawangnya di dalam akaun atau membuka kaunter belian.

Gambaran mudahnya adalah :-

Katalah modalnya USD 100 yang dibeli dengan tukaran semasa hari tersebut USD 1 = RM 3.6, dan dibuka kaunter ‘selling' melalui platform syarikat tersebut.

Sebagai contoh, pada esok harinya apabila dilakukan analisa terhadap pegerakan nilai matawang, didapati nilai USD mengukuh berbanding Ringgit iaitu USD 1 = RM 4

Tatkala itu, ia akan menekan button jual USD 100 dan memperolehi RM 400. Ini bermakna ia telah beroleh keuntungan sebanyak RM 40 berbanding harga belian asalnya tadi.

Pihak syarikat FOREX ini MESTILAH memasukkan seluruh RM 400 itu sebaik sahaja transaksi jual beli dilakukan, TIDAK DIBENARKAN DILEWATKAN ATAU DIMASUKKAN SEBAHAGIAN SAHAJA, jika dalam contoh di atas, hanya RM 40 dimasukkan, manakala baki modal sebanyak RM 360 hanya akan dimasukkan sejurus peserta menutup akaun pada hari tersebut.

Isu Shariah : Jika ini tidak berlaku, maka ia lulus dari sudut Shariah, namun jika kelewatan berlaku, isu Shariah di sini adalah berlaku penangguhan dalam penyerahan matawang ringgit. Ini menjadikan ia bercangah dengan arahan Nabi s.a.w :-

Dalam menukar wang dengan wang, Nabi telah menyebut garis panduan yang mesti dipatuhi iaitu:

فإن رَسُولَ اللَّهِ قال الْوَرِقُ بِالذَّهَبِ رِبًا إلا هَاءَ وَهَاءَ

Ertinya : Sesungguhnya Rasulullah s.a.w berkata : Pertukaran antara perak dan emas adalah riba kecuali jika ia dilakukan secara serentak (serah terima dalam satu masa)" (Riwayat Muslim, no 1586, 3/1209)

Manakala pembelian secara hutang dari salah satu antara dua pihak adalah haram berdasarkan hadis :-

نهى رسول اللَّهِ عن بَيْعِ الذَّهَبِ بِالْوَرِقِ دَيْنًا

Ertinya : "Rasulullah s.a.w melarang dari menjual emas dan perak secara berhutang"( Riwayat Al-Bukhari, no 2070, 2/762)

Imam An-Nawawi telah menyebut dengan terang bahawa para ulama telah bersepakat wajibnya syarat serah terima dalam satu masa atau ‘Taqabud' samada secara hakiki (fizikal) atau hukmi (melalui mediuam internet tetapi punyai bukti seperti resit atau nota elektronik yang menunjukkan transaski sah) ( Syarah Sohih Muslim)

Cadangan : Mesti dipastikan bahawa semasa transkasi jual beli dilakukan, kesemua modal dicampur untung dimasukkan di dalam akaun kita tanpa sebarang tangguh, dan secara automatik juga kita boleh mengeluarkan wang tersebut tanpa sebarang halangan.

3) Terdapat syarikat yang mensyaratkan minimum modal yang tinggi seperti USD 1000 dan lain-lain jumlah. Untuk itu mereka menawarkan apa yang dinamakan 'leverage' yangmana modal peserta akan digandakan.

Sebagai contoh, katalah modal sebenar anda adalah USD 100. Maka anda dikehendaki memilih atau secara pilihan memlih gandaan yang dikehendaki. Seperti 1 : 10 beerti modal anda akan digandakan kepada 10 kali menjadi USD 1000 atau jika memilih 1:100, beerti modal anda menjadi USD 10000. Dengan jumlah baru inilah matawang anda akan di pasarkan di pasaran.

Hukum Leverage :

Takrif Leverage :

The use of various financial instruments or borrowed capital, such as margin, to increase the potential return of an investment.

Leverage can be created through options, futures, margin and other financial instruments. For example, say you have $1,000 to invest. This amount could be invested in 10 shares of Microsoft stock, but to increase leverage, you could invest the $1,000 in five options contracts. You would then control 500 shares instead of just 10. (Rujukan)

Jika benarlah apa yang saya gambarkan ini, transaksi forex menggunakan Leverage ini adalah HARAM kerana ia dikira menjual matawang yang tidak di dalam milik anda. Milik sebenar anda hanyalah USD 100 tetapi yang dijual adalah 10,000. Ia berdasarkan apa yang disebut oleh Nabi s.a.w :

لَا تَبِعْ ما ليس عِنْدَكَ

Ertinya : Janganlah kamu menjual sesuatu yang tidak di dalam milikmu" ( Riwayat Abu Daud, no 3504, 3/283)

Malah saya juga hampir pasti, wang yang digandakan oleh syarikat itu dikira sebagai pemberian pinjaman dan sudah tentu mereka akan mengambil sedikit keuntungan samada diketahui atau tidak diketahui oleh peserta. Jika ini berlaku, sekali lagi riba telah berlaku.

Bagi mengelakkan perkara yang ditegah oleh Islam dari berlaku di sini, penggunaan leverage 1:1 sahaja yang dibenarkan. Wallahu'alam.

4) Diberitakan juga pihak syarikat menasihatkan peserta agar menggunakan modalnya kurang dari 30 % bagi mengurangkan risiko semasa trading dijalankan.

Dan jika terdapat masalah kemungkinan rugi atau apa yang dinamakan 'margin call', pihak peserta dibenarkan untuk membuka kaunter satu lagi samada jual atau beli bagi menyeimbangkan kemungkinan rugi.

Pandangan : Wallahu'alam, jika semunya dilaksanakan dengan jelas dan perancangan yang betul. Setakat ini saya tidak nampak adanya masalah Shariah dalam tindakan ini, kerana apa yag dilakukan adalah membuka kaunter baru, kalau sebelum ini ia membuka kaunter jual sahaja, maka apabila di posisi jual didapati boleh membawa kerugian, ia dengan segera mebuka kaunter beli, bagi memperolehi keuntungan pula. Semuanya adalah harus jika dilaksanakan menurut syarat di atas tadi, tiada leverage, tiada tangguh, dan wang yang telah diperolehi boleh dikeluarkan pada bila-bila masa. Wallahu'alam.

Kesimpulan

Walaupun berniaga sendiri forex dan memenuhi syarat ini boleh dikira halal, namun ia bukanlah sesuatu yang disukai oleh polisi ekonomi di dalam Islam, pertamanya kerana menurut pandangan ekonomi dalam Islam, matawang adalah 'medium of exchange' sahaja dan ia bukanlah komoditi yang wajar diniagakan bagi memperolehi untung dari perbezaan nilainya. Kita tahu nilai matwang kini tidak lagi bersandarkan emas atau perak, wang kertas hari ini (fiat money) tidak mempunyai nilai tersendiri (seperti logam emas dan perak) kecuali nilainya datang dari pasaran global yang ditentukan oleh 'demand and supply' di pasaran dunia.

Justeru, menjadikan cara ini bagi memberikan anak dan isteri makan bukanlah satu bentuk kerjaya yang terpuji di dalam Islam. Malah ia sebenarnya membantu sistem kapitalis dan menguatkan sistem ekonomi yang mereka anjurkan. Justeru, fikirkanlah....

Jika anda tidak ingin menerima padnagan saya, tidak mengapa tetapi bacalah pendapat ulama besar kewangan Islam sedunia iaitu Syeikh Mufti Taqi Uthmani dalam hal ini:


Forex Currency Trading

By Mufti Muhammad Taqi Usmani
Posted: 11 Zul Qa'Dah 1424, 22 November 2007


Q.) Is Forex Currency Trading halal? I have attached a document detailing the aspects of the business.


A.) I went throught the papers sent by you. I am of the opinion that these transactions are not compliant with Shariah. The very condition that you cannot take delivery of the purchased currency makes it impermissible. Morever, there are other elements according to my knowledge that makes this trade unlawful in Shariah, such as, forward sales, short sales etc. This is in addition to the fact that the currencies are originally a medium of exchange and should only be exchanged for personal use in different countries. To make them a tradable commodity only for earning a profit is also against the basic philosophy of Islamic economics. I would therefore not advise you to indulge in this trade.

Sila Buka Sumber : Forex Trading


Adakah anda mengenali siapa Syeikh Mufti Taqi Uthmani, sila buka di sini untuk mengenalinya .

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

Tuesday, January 5, 2010

PEGANG IA KUAT-KUAT....ukhti

financial stability...waaaa


BISMILLAHIRROHMANIRROHIM
Dengan nama dan izin ALLAH S.W.T

eeeeeerrr....
camne ni? macam 'tercekik' jer dok KL nie. Macam-macam nak difikirkan. Sewa rumah, tambang pegi balik kerja, makan, keperluan lain ++ kehendak. Sah, memang x cukup dengan gaji saya sebagai pekerja kontrak ni.

Camne nak buat?? x kan masih mengharapkan allowance yang selalu tiba macam waktu study dulu. Kalau dulu, Dah dapat agak, dalam 26-28hb mesti ada orang call dan tanya, "duit poket ada lagi ke x?". errr, xkan sekarang pun nak jawab "hehe". Kalau boleh saya xnak menyusahkan orang lagi walaupun dia memang punya tanggungjawab untuk membiayai saya.

saya mahu berdikari dan hidup dengan usaha titik peluh saya sendiri.



saya perlu buat sesuatu!!!!!!

dulu masa belajar, saya buat bisnes kecil-kecilan. Quran tafsir, t-shirt, keropok ikan sira from terengganu. Tp, bisnes tu dah terhenti, x punya banyak waktu mahu menjaja lagi. Dah terikat dengan kerja2 pejabat dan jadual pengajian.

Mesti plan sesuatu untuk tambah duit poket buat tambang pengajian setiap minggu. Malah, keperluan lain turut perlu difikirkan. Saya xboleh senang mengharap gaji yang tetap setiap bulan. Harus cermat, bijak berbelanja.

Now, saya dah start buat catatan keluar masuk duit. Kerana, saya harus jadi financial planner yg bagus untuk diri sendiri dan keluarga malah untuk organisasi saya kelak.Moga dipermudahkan!

penah juga, rasa susah dengan keadaan sekarang tanpa PTPTN dan mencari ma'isyah=pendapatan sendiri. rasa xcukup dan best tengok manusia lain hidup mewah.

namun, saya terpujuk dengan ayat-ayat Allah dalam surah Al-Isra': 18&19

"barangsiapa menghendaki kehidupan sekarang (duniawi), maka Kami segerakan baginya di dunia itu apa yg Kami tentukan baginya Neraka Jahannam; ia akan memasukinya dalam keadaan tercela dan terusir"

"dan barangsiapa yang menjadikan kehidupan akhirat dan berusaha kearah itu dengan sungguh-sungguh sedang ia adalah mukmin, maka mereka itu adalah orang-orang yang usahanya dibalas dengan baik"

Ya... optimislah dengan ketetapan Allah bagi kita. Ia terkandung hikmah yang sangat hebat. Insyaallah, tarbiyah dari Allah dengan ujian-ujian dan minta kita sebagai hamba untuk sabar, berusaha untuk keluar dari kesulitan dan bertawakkal. Jika ujian datang bertimpa lagi itu tanda kita lebih disayangi dan dekat dengan-Nya.

salam.

Sunday, January 3, 2010

byk yang nak dikongsikan, tp x punya byk waktu untuk menulis. ape pun, semakin hari semakin aku byk belajar,. belajar untuk jadi dewasa.