Tuesday, May 3, 2011

maaf, banyak hak x tertunai

Maaf, kerana belakangan ini ada banyak hak yang tak tertunai dan tanggungjawab tak terlaksana. Adakah saya memerlukan Personal Assistant?

Alhamdulillah, sudah lepas bulan 4, kini masuk Mei, pada tanggal 20 Mei nanti genap 1 tahun saya bekerja di syarikat jualan dan edaran kereta terpakai dan baru yang terletak di Jalan Pahang ini.

Saya ada mission bekerja disini, dan mission saya hampir complete!!!!
Saya nak siapkan Financial Statement untuk 1 tahun saya mengemudi Account Department secara berseorangan ini. Saya minta pertolongan dari Allah S.W.T supaya dipermudah urusan submission pada bulan 6 nanti.

Saya mempunyai misi menjadi seorang yang 'tersusun urusannya'. Menjadi seorang yang tersusun urusannya adalah menjadi perkara yang almost mustahil bg saudari yang bernama Aisyah ini.

Aisyah ini, akan jadi lebih tersusun dikala ada orang yang menata kerjanya. Ada yang menegur dan di'tekan'. Tp sampai bila, ia seolah tidak boleh berdikari!!!!

Saya mahu menjadi lebih tersusun supaya lebih dekat dengan Allah dan Allah lebih sayangkan saya lantas menunaikan hak saya sebagai hamba.

Saya sudah penat untuk gagal lagi.

After graduate dari syarikat ni, saya akan pergi kepada bidang yang lebih mencabar lagi. Saya mahu fokus, dan berharap dapat Istiqomah.

Moga mak, keluarga dan kawan-kawan akan faham. Maaf atas keserabutan yang saya lakukan sehingga membuatkan beberapa urusan kalian menjadi kelam kabut.