Tuesday, May 3, 2011

maaf, banyak hak x tertunai

Maaf, kerana belakangan ini ada banyak hak yang tak tertunai dan tanggungjawab tak terlaksana. Adakah saya memerlukan Personal Assistant?

Alhamdulillah, sudah lepas bulan 4, kini masuk Mei, pada tanggal 20 Mei nanti genap 1 tahun saya bekerja di syarikat jualan dan edaran kereta terpakai dan baru yang terletak di Jalan Pahang ini.

Saya ada mission bekerja disini, dan mission saya hampir complete!!!!
Saya nak siapkan Financial Statement untuk 1 tahun saya mengemudi Account Department secara berseorangan ini. Saya minta pertolongan dari Allah S.W.T supaya dipermudah urusan submission pada bulan 6 nanti.

Saya mempunyai misi menjadi seorang yang 'tersusun urusannya'. Menjadi seorang yang tersusun urusannya adalah menjadi perkara yang almost mustahil bg saudari yang bernama Aisyah ini.

Aisyah ini, akan jadi lebih tersusun dikala ada orang yang menata kerjanya. Ada yang menegur dan di'tekan'. Tp sampai bila, ia seolah tidak boleh berdikari!!!!

Saya mahu menjadi lebih tersusun supaya lebih dekat dengan Allah dan Allah lebih sayangkan saya lantas menunaikan hak saya sebagai hamba.

Saya sudah penat untuk gagal lagi.

After graduate dari syarikat ni, saya akan pergi kepada bidang yang lebih mencabar lagi. Saya mahu fokus, dan berharap dapat Istiqomah.

Moga mak, keluarga dan kawan-kawan akan faham. Maaf atas keserabutan yang saya lakukan sehingga membuatkan beberapa urusan kalian menjadi kelam kabut.

Monday, April 25, 2011

DIMANA IMAN?

imanmu berada dimana?
Ketika berada antara 2 pilihan yang jelas yang mana satu baik, dan mana satu yang bawa bencana...
imanmu berada dimana?
ketika nafsu memaksa dan iman menghalang...
imanmu berada dimana?
ketika tergambar akan azab neraka, dan nikmat syurga melambai...
imanmu berada dimana?
ketika 'amal dikira terpaksa, atau ikhlas terpahat kukuh
imanmu berada dimana?
pada ketika ini.... dan juga hari mendatang???

Masihkah samar....?

Sunday, April 10, 2011

saya mahu berhenti..... tapi,,,,,

picture diatas bertema: 'pelamin anganku musnah' :)
susah nak describe...
susah nak luah...
susah nak buat keputusan...
tak mahu menyakiti hati orang lain...
tak mahu ada yang bersusah kerana saya...
kalau saya teruskan,,, saya yang terseksa..

diatas adalah lauhan hati saya, yang sangat confius!!!!

Robbku, tunjukkanku jalan...

Wednesday, March 9, 2011

life at a fast lane....

Bismillahirrohmanirrohim

Assamualaikum kepada kawan-kawan saya yang menyinggah di blog usang ini... Nak lap habuk

Dikesempatan ini saya nak mengharapkan doa kawan-kawan untuk mendoakan kesejahteraan iman saya...

This is peak hour for me, dalam kerjaya... Setelah hampir setahun, saya merasakan ini saat-saat yang sukar untuk saya tempuhi.

Saya balik kerja dalam keadaan down, dan nak pergi kerja dalam keadaan berat.

Apa yang membahagiakan saya adalah dengan kehadiran kawan-kawan.... Yang sentiasa memberikan inspirasi,... Kalian buat saya hilang stress dan dapat melupakan hal kerja.

Saya sgt suka, pertemuan mingguan,,, yang paling membahagiakan bila dapat pergi berjumpa teman di Sungkai, sgt menenangkan... suasana seperti berada dikampung Sabak Bernam...

Berjumpa Mak Andak seperti jumpa dengan mak sendiri,,, x dapat memeluk cium pipi mak pun, dapat layanan mesra seperti ibu oleh mak andak. Insyaallah mak, ecah akan balik jumpa mak abah...

Target untuk berhenti kerja paling lewat bulan Mei...