Sunday, May 16, 2010

1st DAY

Hari ini pengalaman hari pertama saya bekerja ditempat baru. Susah juga nak melelapkan mata malam tadi apabila teringatkan cabaran yang bakal dihadapi ditempat kerja pada keesokannya. Selepas membersihkan diri dan mengemas keperluan untuk dibawa esok, mata saya langsung susah untuk dibuka lagi. Tepat jam 12.20a.m saya melabuhkan mata diiringi doa dan mengadapkan badan kearah kiblat. Seperti kebiasaannya, saya tidak setting alarm clock. Saya percaya dapat bangun pada waktu yang saya kehendaki esok, ya… dengan izin Allah s.w.t.
Seperti ada kuasa membangunkan saya pada jam 5a.m. Dengan pantas, terus bangun menuju ke bilik air dan mengambil wuduk. Saya membawa telekung dan sejadah keruang tamu kerana disitu nanti insyaallah akan dapat ketenangan bermunajat pada Allah s.w.t. Ruang tamu rumah apartment Vista Angkasa ini ada sliding door dan angin paginya sangat Freshie.
Oh, saya rasa iri hati dengan sahabat serumah tatkala melihat dia bersujud diatas hamparan sejadah. Dalam hati saya katakan ‘oh, dia lebih awal bertemu Allah, dan aku lewat!
Mata tidak lagi mengantuk ,,, saya sarapan, iron baju sambil membuka rancangan pagi Malaysia Hari Ini di TV3. Susah juga nak buat pilihan baju untuk dipakai. Yelah, saya kekurangan baju-baju cantik. Takde pilihan tudung yang matching. Bila rasa susah buat plihan, saya beristighfar dan membetulkan niat kembali, “aku berbaju dan bertudung bukan untuk kelihatan cantik dihadapan manusia, tapi berbusana mengikut syariat dan berniat untuk menutup aurat. Apa dikisahkan dengan pandangan manusia. Asalkan, kita Nampak kemas sudah, kerana itulah yang dituntut dalam etika berpakaian menurut Islam.”
Penampilan hari ini adalah Jubah Hitam bersulam bunga daisy merah dan tudung bidang 60 dari jenis kain cactus pemberian mak saya. Saya melihat penampilan dicermin supaya Nampak yakin. First day will give 1st impression to others. Itu yang saya fikirkan.
Jam menunjukkan lagi 15minit ke angka 8. Saya menghamparkan sejadah untuk solat Dhuha. Dalam doa saya mohon supaya Allah mudahkan urusan dunia saya untuk mudah saya menggapai akhirat nanti, insyaallah.
Selesai berdoa, lipatan tudung kembali saya kemaskan. Helmet dan baju wind breaker segera dicapai. Bimillah… suhnallazi sahhara lanaa haaza wama kunna lahu mukrinin, wa inna ila robbina lamunkalibuun.. dengan yakin terus masuk gear dan membelah jalan.. Jalan Pantai Bharu,, Jalan Bangsar, Jalan Mahameru, Jalan Tun Razak dan akhir sekali Jalan Pahang.
Hati saya berdebar lagi ketika masuk ke persimpangan Bandar Baru Sentul, ini bermakna saya sudah hampir dengan tempat bekerja. Oh, baru jam 8.30a.m belum ada yang sampai lagi dan pintu pagar premis belum dibuka. Saya meneruskan perjalanan dan bertujuan untuk meronda as well as survey kawasan sekitar.
Subhanallah, ada lrt berdekatan dan banyak rumah-rumah pangsa disekitar premis. Peluang cerah untuk berpindah rumah. Moga Allah permudahkan, detik hati saya.
Kira-kira jam 9a.m, receptionist sudah sampai. Saya menamatkan perbualan telefon dengan mak. Kira-kira 3minit saya bercerita dengan mak tentang kawasan sekitar tempat kerja, mak pula berkongsi kegembiraan kerana PR menang pilihanraya kecil di Sibu, SARAWAK…..oh, saya noKOMEN.
Entering the office, wow!! Very nice office furnishes with all white furniture. I was mesmerized! PA Boss tunjukkan pejabat saya. Subhanallah, saya tak jangka! Saya ada bilik khas. Perabot dalam tu, semua berwarna putih dan bila saya duduk , saya boleh lihat semua meja-meja staff yang diletakkan diluar. So, saya dapat pantau STAFF yang lain. Berlagaklah tue..
Saya semak semua fail yang ditinggalkan oleh Akauntan yang lama. Saya ambil masa untuk study the documents of the company. Saya diperkenalkan dengan staff-staff yang lain dan semuanya friendly. Jenis take care, gelak kuat-kuat and so on >’_’Internet connection was very low and I just finish review the documents. Apa yang dikesalkan sekarang adalah saya tidak membawa tafsir al-Quran seperti kebisaan saya. Hari ini saya bawa tas tangan yang kecil dan tak dapat nak memuatkan my tafsir. Saya juga menyangkakan hari ini terlalu banyak perkara perlu dibuat dan saya tak sempat bertilawah dipejabat. Jadi tinggallah my pink Quran. So sad.
Saya tak tahu nak buat apa sekarang dan saya menaip apa yang saya lalui sepanjang malam dan setengah hari ini dalam hidup saya. Inilah catatan saya yang paling terperinci yg saya publish.
Dan pada hari ini juga saya merakamkan ucapan syukur terhadap Allah s.w.t atas kasih sayang dan cintaNya pada saya sebagai hamba, hingga hari ini terlalu banyak nikmat yang dilimpahkan kepada hamba. Moga hamba ini dapat mempersembahkan ‘amal terbaik sepanjang tempoh diberi hidup dibumiMu ini.
Pada jam 1.06pm. Saya terdengar alunan ayat Quran. Rupanya ada masjid berdekatan. ALHAMDULILLAH. Mengingatkan kita pada waktu solat. Boleh berjalan kaki kemasjid.

SALAM dari sya yg takde kerja

MAHABBAH ADALAH KALIMAT AQIDAH

Bismillahirrohmanirrahim

Seputar pengisian yang saya dapat malam tadi, saya ingin kongsikan pada post kali ini.
ada soalan dari penceramah jemputan pada malam tadi yang membuatkan saya tertarik dan berfikir banyak.

Apakah tujuan dasar penciptaan hati?

jawapan spontan dari kami bertiga adalah, waa bombastik question? dan ada juga yang menjawab hampir tepat dengan jawapan yang ada dalam benak penceramah.

jawapannya adalah: untuk mencintai dan mentaati Allah s.w.t. simple tetapi penuh dengan pengertian dan terkandung makna yang besar.

kecintaan dan ketaatan pada Allah s.w.t menuntut kita untuk memahami makna ikhlas dalam beramal, juga kita harus memahami erti pengorbanan yang sebenar baik dari segi jiwa mahupun pengorbanan dari segi harta.

wallahu'alam

Thursday, May 6, 2010

kerja baru

bismillahirrohmanirrohim...

no idea to say about the above title.
SO, try dulu, dan banyak yang bg pendapat
...kak umi nazrah said: fresh graduate memang sepatutnya banyak kali tukar-tukar kerja untuk cari mana satu yg paling cocok dengan diri kita
... abang said: try dulu, if u perform, they will pay u more...
... mak said: cah, jangan pegi kerje naik motor... mak risau. k.l tue sibuk sangat, tiap2 hari ada jer kes2 buruk yg jadi. kita ni perempuan, kalau lelaki mak x lah risau sgt. nnt dah dok tempat baru make sure 2-3hari sekali mesti call mak. mak ni kat kmpg, x tau ape anak-anak buat kat sane. jgn ligat sgt naik moto kesana- kemari.

saya tarik nafas panjang...

ALLAHUAKBAR.. moga Allah bersama-sama dengan keputusan yang saya buat. 3rd company selepas 6bulan bergelar mahasiswa. Bukan mahu terlalu memilih kerja, tapi mencari pengalaman dan ingin mencabar diri.

One thing yg dirasakan advantage adalah tempat baru ni sgt berdekatan dengan UKMKL dan menggunakan jalan sehala ke UIA.

Bagi saya, tawaran kerja ni adalah rezki yang tidak disangka-sangka. Sekitar minggu lepas, saya banyak mentadabur ayat-ayat berkenaan infaq. Dan, pada minggu ini.. Allah dah beri jalan dan idea untuk saya berinfaq. Subhanallah, cantik sungguh Allah aturkan hidup saya.

Yang paling saya tersentuh adalah firman Allah dalam surah Al-Baqarah:273
"(apa yang kamu infakkan) adalah untuk orang-orang fakir yang terhalang (usahanya kerana jihad) di jalan Allah, sehingga dia tidak dapat berusaha diBumi; (orang lain) yang tidak tahu, menyangka bahawa mereka adalah orang-orang yang kaya kerana mereka menjaga diri (dari meminta-minta). Engkau (Muhammad) mengenal mereka dari ciri-cirinya, mereka tidak meminta secara paksa kepada orang lain. APAPUN HARTA YANG BAIK KAMU INFAKKAN,SUNGGUH, ALLAH MAHA MENGETAHUI"

Syukur, alhamdulillah

Sekitar pengisian yang diterima minggu lepas, saya diajar tentang HAQQUL TAWAKKAL. Sangat suka dengan hadith yang diajarkan.

Dari Umar r.a berkata:
"saya mendengar rasulullah s.a.w bersabda: 'andaikata engkau sekalian itu suka bertawakkal kepada Allah dengan SEBENAR-BENAR tawakkal, nescayalah dia akan memberikan rezki pada-Mu sekalian sebagaimana Dia memberi rezki kepada burung. Pagi-pagi burung berperut kosong dan sore-sore kembali dengan perut yang berisi"
(hadith riwayat Tirmizi)

Akhirul kalam, sentiasalah optimis dengan Allah.