Thursday, November 25, 2010

CINTA SEORANG HAMBA ITU...


"ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepadaMu,

untuk mencintaiMu dan mencintai orang yang cinta kepadaMu,

juga perbuatan yang dapat menyampaikan diriku kearah cintaMu.


Ya Allah, jadikanlah kecintaan kepadaMu itu yang lebih aku cintai dariada diriku sendiri,


juga melebihi kecintaan kepada keluargaku...

serta melebihi kecintaan kepada air yang dingin" (HR aT-Tarmidzi)


Bismillahirrohmanirrohim.

aSSalamualaikum


pada malam ni, saje2 nak ambil mood untuk menulis semula diblog.

terima kasih pada yang tertunggu-tunggu dan memberi komen membina

sehingga menyebabkan saya update juga blog yang usang ni..


saya mulakan dengan hadith tentang CINTA... yang mana kita perlu menyedari hakikat cinta pada Allah, Rasul dan Jihad adalah yang paling utama. Insyaallah, saya sedang berusaha membenarkan CINTA pada ALLAH, RASUL dan Jihad adalah yang lebih utama berbanding cinta pada keluarga, harta benda, kesenangan hidup... (at-Tawbah:24)


Pengalaman saya bekerja di IBM (lebih kurang 6 bulan) banyak mengajar saya tentang CINTA & KEHIDUPAN.. Dimana Allah S.W.T menemukan saya dengan manusia-manusia yang sangat obses dengan KEHIDUPAN berorientasikan Material. Bagi 'dia' setiap masa adalah peluang dan matawang...


Ragam mereka juga telah banyak kali saya ulang cerita dengan housemate dan hqmate saya. Mungkin mereka bosan, tapi itulah saya...tetap nak cerita.. "maaf andai ana buat antuna boring". Manusia yang Allah temukan dengan saya ini tidak mengenal erti penat atau putus asa demi untuk mencapai cita-cita materialnya.. Saya tidak pasti apa sebenarnya 'goal' yang mahu dicapai oleh beliau. Kadang pernah saya melihat dia sebagai seorang Muslim yang taat pada penciptanya. Namun kadang, saya melihat beliau pada sudut yang barlainan.


Bekerja di automobile outlet kadang-kadang boleh saya klasifikasikan sebagai 'nightmare' dalam hidup. Seringkali malas untuk bangun pagi ke tempat kerja (honestly itulah yang saya rasakan). Bebanan terasa berat dipikul tatkala memikirkan terlalu banyak perkara yang urgent untuk diselesaikan. Dicontohkan, jika RM100,000 itu terlewat sehari berada ditangan 'dia'-saya akan dipertanggungjawabkan. Seperti esok sudah tiada nilai pada amaun tersebut.


Pernah pada minggu peak sebelum auditor datang, saya lewat pulang kerumah, standard hour jam 11pm sehingga 1.30am. Saya pun tak sangka bagaimana boleh saya setabah itu.


Saya ditemani PENJAGA MALAM berjalan kaki kerumah kerana hari dah terlalu malam.. DAHSYAT sungguh. Alhamdulillah selamat. Istighfar banyak-banyak dan memohon keselamatan dari ALLAH S.W.T.


Betapa dirasakan sgt nightmare apabila saban malam saya termimpikan 'dia'. Mimpi yang sangat kerap. Saya tak pernah ceritakan pada sesiapa sebelum ini. Saya rasa ini perkara luar biasa. Saya doa pada ALLAH supayanya ketakutan saya pada makhluk yang dinamakan boss ini akan tidak pernah melebihi ketakutan saya pada ALLAH S.W.T. Setiap kali dhuha saya akan selitkan supaya hati dia dilembutkan oleh ALLAH. Permudahkanlah urusan hamba Ya Allah.. demi untuk agamamu aku menjadi akauntan, aku mahu belajar, maka luruskan niatku, berilah rezki paling berkah dalam pekerjaanku ini ameen....


Kini, saya lebih bersedia..kurang melakukan kesilapan dan dah pandai melawan (argument orang bijaklah).Kadang-kadang 'dia' terdiam dan meng'ia'kan. Alhamdulillah itu peningkatan self-confident saya.


Seringkali juga, saya terfikir untuk mencari kerja ditempat lain, yang lebih mesra dengan jiwa saya. Namun, belum punya kesempatan mencari. Belum ada resume yang 'terkena'.


Apa kaitan cerita saya dan cinta???

Bagi saya, cinta manusia adalah terlalu cenderung kearah cinta-cinta yang tidak realistik. Kereta mewah (ferrari), pakaian berjenama(polo), perfume (paco rabanne), gadgets(blackberry) adalah cinta yang dicita-citakan orang banyak. Saya tidak mengatakan mereka salah, tetapi ini adalah sama sekali tidak benar!!! Sehingga melupakan tanggungjawab yang paling utama disandarkan atas mereka. Sehinggakan kekayaan menjadikan mereka lebih jauh dari Allah S.W.T.


Saya juga bercita- cita menjadi kaya.

Moga kekayaan yang saya miliki nanti akan lebih mendekatkan diri dengan ALLAH S.W.T. Moga saya akan menjadi manusia yang mampu untuk menghadapi ujian kekayaan yang ALLAH s.w.t beri kelak.


amin.insyaallah..