Monday, December 28, 2009

she's now a big girl...

ilyana: ucu, esok pagi ucu kejut kita tau.
kita nak solat subuh.
jangan pulak ucu solat dulu, then baru kejut kita. nanti kita lambat.
ucu :okey!!!

one mesej received at 7.30am

ilyana: ucu, kalau dah siang macam ni boleh solat subuh lagi x?
ucu : boleh lagi, terus je solat

afrina: ucu, boleh x belikan kita buku?
ucu : boleh, nak buku ape?
afrina:hmmmm.....
buku agama boleh?
ucu :okey!!!
ilyana :kakak pun nak buku agama

ilyana:ucu, macammana niat solat sunat?
ucu : sahaja aku solat sunat 2rakaat kerana Allah Taala.
ilyana:oooo

Alhamdulillah, perubahan anak2 buahku yang membuatkan saya sgt gembira. Mungkin setelah sebulan bercuti dikampung dan mendapat sentuhan tarbiyah seorang nenek. Kini, yang kakak darjah tiga secara konsisten solat fardhu 5waktu dan si adik darjah 1 masih ketinggalan solat subuh,. Bukan itu sahaja, malah banyak lagi sisi lain yang menunjukkan pengislahan dari mereka. (dah pakai tudung keluar rumah, x gaduh2 dan tendang,cakar dll aksi ganas)

Saya x pasti formula apa yang mak guna untuk menasihati dan mengubah mereka. Kami (ucu dan ibu) dah try banyak cara dan boleh dikatakan mereka ni x makan saman la.

Saya doa semoga mereka istiqomah dan sentiasa cenderung untuk melakukan amal soleh.

Moga kalian menjadi anak2 yang soleh dan solehah.
Slam syg penuh kesyukuran dari:
UCU

Friday, December 25, 2009

a moment to remember and be alwiz thanks to ALLAH

BISMILLAHIRROHMANIRRAHIM
8HIJRAH1431H

Alhamdulillah Allah mengizinkan saya untuk kembali rasa dekat dan syukur pada-Nya. Perjalanan seawal 4a.m ke satu daerah di Perak Tengah bermula dengan 2rakaat solat tahajud. Perjalanan kami sungguh menenangkan serta diikuti dengan beberapa diskusi ilmiah bg mengelakkan rasa mengantuk pada pemandu . Iringan doa bermusafir juga menjadi penguat dan menambah rasa selamat meneman perjalanan.

Besar harapan agar rindu terubat tatkala bertemu dengan saudara seiman dan sehaluan insyaallah. Debaran kerinduan itu menyebabkan mata tidak lena sepanjang menempuh kedinginan malam walaupun hanya sempat tidur sejam sebelum bertolak.

Kotak fikiran saya berputar kerana x pasti siapa lagi yang bakal saya temui ditempat baru nanti.

Nyata doa saya dijawab Allah dengan samapainya kami dengan selamat dan dapat bertemu dengan sahabat-sahabat yang punya misi dan visi yang sama. Nyata tempat yang saya berpijak ini tidak asing, tapi ia punya nuansa dan ruh yang baru. ruh yang penuh semangat, keazaman beserta iman dan taqwa pada Allah S.W.T, tuan yang empunya dunia.

Diiring dengan titis-titis kecil tatkala mendengar kisah sahabiyah Saidatina Asma' bin Abu Bakar, serta kisah agung kekasih Allah-Muhammad bin Abdullah s.a.w. Betapa perit apa yang dilalui baginda tatkala menyampaikan Islam dibumi Allah ini. Betapa besar pengorbanan baginda untuk agama yang paling benar ini. Betapa Ya Allah, baginda sanggup mengorbankan jiwa, harta hatta diri mereka sendiri untuk ummat yang mereka cintai.

Ya ALLAH, x tertanggung rasa rindu untuk bertemu dengan kekasih yang benar-benar kekasihmu. Teringatkan pula 'amal apa yang saya dapat bawa untuk kesana.Menuju destinasi akhir yang hari Hisab itu. Ya Allah berikan lagi kami peluang dan pandulah langkah kami Ya Allah.

Airmata jatuh lagi tatkala mendengar sahabat dari Negeri dibawah Bayu bercerita tentang kisah Aswad r.a. Betapa besar rasa cinta Aswad pada rasulullah s.a.w serta begitu tinggi nilai ukhwah para sahabat dirungkai dalam kisah ini. Ya Allah, betapa manisnya ukhwah imaniyyah yang Engkau aturkan ini. Subhananllah!!!

-kami adalah STARTER kepada YANG LUAR BIASA!!! MasyaAllah, begitu teruja dengan ungkapan dari seorang sahabat,. Bukan sekadar rasa semangat jihad yang tiba-tiba melonjak, bahkan saya terpukul dengan nilai iman,taqwa, pengorbanan dan erti pertanggungjawaban yang tersirat disebalik ungkapan itu.

Insyaallah, kepada sahabat saya mengharapkan agar sama-sama kita memaknai apa yang telah diungkap dan difahami secara teoritisnya. Biar 'amal kita yang berbicara.

Salam alhamdulillah!!!!

Thursday, December 24, 2009

HARI MENDUNG

assalamualaikum... amat penting memulakan hari anda dengan byk sekali zikir@mengingati Allah. Jika sibuk pun, at least sebelum tidur, sempatkan diri kita membaca dan mentadabbur isi al-Quran. Allah Maha Tahu apa yang hambanya tempoh sepanjang hari yang dilalui.Bahkan jika kita perasan, ayat yang kita baca seakan-akan memujuk duka dan kebuntuan kita.Biar dapat dapat sikit,asalkan konsisten. Kerna, amal yang paling dicintai Allah adalah yang sedikit tetapi istiqamah. Di samping itu, penting juga untuk meningkatkan kuantiti dan kualiti amal dari masa ke semasa. Insyaallah jika diamalkan, kita akan dapat bangun pagi dengan tenang dan hati yang lapang. Masya-Allah, kelapangan hati dan minda is one of the biggest nikmat which is given by Allah S.W.T. Alhamdulillah...
Hari ini, saya dapat memecahkan tradisi, x rasa ngantuk dan bosan bekerja di office ni. Dah tiga minggu saya bekerja dan tunggu saat-saat macam ni datang. Saban hari berdoa agar Allah memberi dan menguatkan keikhlasan saya ketika bekerja. Selalu saya memanjatkan doa agar dapat bg fully komitmen dan focus ketika kerja. Alhamdulillah Allah bagi jua.

Tuesday, December 22, 2009

trip to heaven of tranquility































kalau tgk all the pictures nampak cam musim sejuk kat oversea. Tp sebenarnya, Z&A bwak staff, and family g Fraser Hill (20/12-21/12). Tak de pun my picture sebab I x enterframe.
Sebenarnye, g Bukit Fraser ni xla best sgt, maybe ni First n the Last time kot. Tmpt die memglah sejuk dan tranquil ie menenangkan, tp boring.
Ingatkan adelah strawberry and so on, tp xde pun. Okey gak, aku xdelah membazir.
But, syukur jugaklah merasa gak jejakkan kaki kat tmpt baru. Makan, apartment sume free. Byk spend masa ngan kwn2 tmpt keje, beramah mesra and so on.
Yg paling x dpt nak luper,,ramai staff yang termuntah dalam bus. Jlannya memang seperti ular kena palu, on the way pg tu ujan renyai,, doa byk hopefully xde ape2. Alhamdulillah sume selamat. Hari Selasa all staff kene keje, no MC, sape xdtg potong gaji triple. Maka, sume pun dtg, tp masih lagi rasa penatlah. Selsema, seram sejuk dan nak demam.

Wednesday, December 16, 2009

Petang Yang Rilex

Alhamdulillah... Rilex cikit petang ni. Tak dibebani dgn kerja2 yang perlu fokus.. Namun, masih perlu untuk refer semula dan flash back macam mane nak buat Hire Purchase calculation, basis period and so on.. Ape nak jawab bile supervisor dtg nanti. Itulah hakikatnya kerja@jadiemployee ni. Aku perlu belajar untuk bersabar dan belajar banyak benda dengan tenang,. Memang, klau ikutkan hati nak je quit coz bosan dan selalu mengantuk. Aku tak tau kenapa. Setiap hari, even malam tu dah cukup tidur. Bila dah kul 11am mesti macam dah berat mata dan otak cam nak jem. Aku pun jalan2 kat meja kawan, amek air RO dalam fridge dan macam-macam lagilah. Tp pernah satu hari, aku tak ngantuk sebab kena wat ROI untuk projek bernilai 3.4million. Mungkin itu interest aku kot, make analysis bukan susun file dan update clients details. Anyway, thanks Allah to give me an opportunity working here.