Friday, April 27, 2012

KABAR GEMBIRA BAGI ORANG-ORANG YANG SABAR

"Dan berikanlah kabar gembira kepada orang-orang yang sabar". (02:155)



Dalam dua hari alhamdulillah saya dapat mengupas dua bab dalam buku Hambatan-Hambatan Dakwah & Tarbiyah Jihadiyyah (Jilid 5).

alhamdulillah ianya terkena pada batang hidung sendiri...

Kalimat sabar memang mudah dituturkan, tapi nak melaksanakannya amatlah berat. Terutama apabila kita dituntut bersabar TERHADAP SESUATU YANG DISUKAI HATI!!!!

Apa yang hati kita suka?
~ makan
~ rehat
~ tidur
~ hiburan
~ kesenangan
~ kemewahan
~ harta, isteri & anak-anak (At-Tawbah:24)

Rasulullah pernah bersabda:

"Barangsiapa taat kepadaku, maka sesungguhnya dia telah mentaati Allah, barangsiapa yang bermaksiat kepadaku, maka sesungguhnya ia telah bermaksiat kepada Allah. Dan barangsiapa yang bermaksiat kepada amirku, maka sesungguhnya ia telah bermaksiat kepadaku". (HR Al-Bukhari)


Rata -rata perkara dan amalan yang disukai hati cenderung untuk mengikut hawa nafsu, nafsu yang bergelojak dan menghasut kita melakukan amal- amal kemaksiatan. Bila nafsu diturut, perut yang lapar akan diisi sekenyangnya, jika hati nurani ingin tidur, maka iapun tidur. Mahu hiburan langsung mencapai remote Astro atau memilih nonton video di YouTube. Oleh kerana itu, jika seseorang mampu memutuskan syahwatnya, maka ia akan sabar.

Dan itu susah untuk dilakukan kecuali bagi orang-orang yang IKHLAS.



Seorang da'e yang sukses akan menjadikan nafsu sebagai mayat dan meletakkan dunia dipunggungnya, sementara ia tetap teguh berpegang pada tali agama Allah dan sunnah rasulullah s.a.w. (cetusan idea Abu 'Ali al-Rudzbari)

Start manage your Naf's!!!!









Wednesday, April 25, 2012

PEMBUKA BICARA 2012 (YANG DAH NAK 1/2 TAHUN)

Bismillahirrohmanirrohim.

Kebahagiaan menyambut tahun 2012 dengan ramai kawan-kawan dah KAWEN!!!!!
Adakah ini membuatkan saya jadi tension?

Sudah lebih 10 undangan majlis perkahwinan di FACEBOOK dan tak kurang juga yang mengepos kad.

Kawan tempat kerja pulak setiap hari meminta pandangan saya sebagai WEDDING PLANNER dia, "syah, nak pakai tema color apa?", " sya, cantiknya purple dia, hantaran bape dulang?"

Haisyhh, kenapa saya jadi tension tgk kawan-kawan post gambar tunang dan wedding kat dalam facebook??
Tak kurang juga yang dah sambut kelahiran anak sulung mereka. COMEYNYA... penyejuk mata!!!!

ALHAMDULILLAH & TAHNIAH BUAT SEMUA
BARAKALLAHULAKUM:

    ~ tim & nazim
    ~ aliana & thalhah
    ~ salz & eddy
    ~ shekin & nizar
    ~ dr. shahyd & zauj
    ~ dr. emy & zauj
   
DAN YANG AKAN DATANG.....

   ~ TIMMY & AZIZAT
   ~ suhaila & farul
   ~ huda & adib
   ~ maryam kesayanganku....

Semoga keberkahan melimpahi keluarga yang bakal kalian bina, insyallah.
Bagi pasangan yang bergelar du'aat, moga langkah kalian makin melaju dan terus tsabat dijalannya..

AMEEN....

owh, i am getting old!!!!!
bersabarlah duhai hati...

arissa mohd zin

ring by Mr. Google