BISMILLAHIRROHMANIRRAHIM
8HIJRAH1431H
Alhamdulillah Allah mengizinkan saya untuk kembali rasa dekat dan syukur pada-Nya. Perjalanan seawal 4a.m ke satu daerah di Perak Tengah bermula dengan 2rakaat solat tahajud. Perjalanan kami sungguh menenangkan serta diikuti dengan beberapa diskusi ilmiah bg mengelakkan rasa mengantuk pada pemandu . Iringan doa bermusafir juga menjadi penguat dan menambah rasa selamat meneman perjalanan.
Besar harapan agar rindu terubat tatkala bertemu dengan saudara seiman dan sehaluan insyaallah. Debaran kerinduan itu menyebabkan mata tidak lena sepanjang menempuh kedinginan malam walaupun hanya sempat tidur sejam sebelum bertolak.
Kotak fikiran saya berputar kerana x pasti siapa lagi yang bakal saya temui ditempat baru nanti.
Nyata doa saya dijawab Allah dengan samapainya kami dengan selamat dan dapat bertemu dengan sahabat-sahabat yang punya misi dan visi yang sama. Nyata tempat yang saya berpijak ini tidak asing, tapi ia punya nuansa dan ruh yang baru. ruh yang penuh semangat, keazaman beserta iman dan taqwa pada Allah S.W.T, tuan yang empunya dunia.
Diiring dengan titis-titis kecil tatkala mendengar kisah sahabiyah Saidatina Asma' bin Abu Bakar, serta kisah agung kekasih Allah-Muhammad bin Abdullah s.a.w. Betapa perit apa yang dilalui baginda tatkala menyampaikan Islam dibumi Allah ini. Betapa besar pengorbanan baginda untuk agama yang paling benar ini. Betapa Ya Allah, baginda sanggup mengorbankan jiwa, harta hatta diri mereka sendiri untuk ummat yang mereka cintai.
Ya ALLAH, x tertanggung rasa rindu untuk bertemu dengan kekasih yang benar-benar kekasihmu. Teringatkan pula 'amal apa yang saya dapat bawa untuk kesana.Menuju destinasi akhir yang hari Hisab itu. Ya Allah berikan lagi kami peluang dan pandulah langkah kami Ya Allah.
Airmata jatuh lagi tatkala mendengar sahabat dari Negeri dibawah Bayu bercerita tentang kisah Aswad r.a. Betapa besar rasa cinta Aswad pada rasulullah s.a.w serta begitu tinggi nilai ukhwah para sahabat dirungkai dalam kisah ini. Ya Allah, betapa manisnya ukhwah imaniyyah yang Engkau aturkan ini. Subhananllah!!!
-kami adalah STARTER kepada YANG LUAR BIASA!!! MasyaAllah, begitu teruja dengan ungkapan dari seorang sahabat,. Bukan sekadar rasa semangat jihad yang tiba-tiba melonjak, bahkan saya terpukul dengan nilai iman,taqwa, pengorbanan dan erti pertanggungjawaban yang tersirat disebalik ungkapan itu.
Insyaallah, kepada sahabat saya mengharapkan agar sama-sama kita memaknai apa yang telah diungkap dan difahami secara teoritisnya. Biar 'amal kita yang berbicara.
Salam alhamdulillah!!!!
xsangka aisyah juga pandai bermadah.. salam alhamdulillah, moga 'amal kita yg berbicara. hehe, jom jaulah lagi. seronok rasenye aisyah ade blog (^_~)
ReplyDeletehaha.. malu lak akak cakap kita pandai bermadah. saje nak belajar2 menulis.. tahniahlah jd 1st follower. (",)
ReplyDeletebanyakkan menulis lagi wahai aisyah. penulisanmu itu ada beberapa kesalahan bahasa sebenarnya. ketika diriku ingin menghayati makna-maknanya, penghayatanku sedikit terganggu kerana terpaksa ulang balik utk betul2 faam ayat yg tersilap itu. hehe.
ReplyDelete