ilyana: ucu, esok pagi ucu kejut kita tau.
kita nak solat subuh.
jangan pulak ucu solat dulu, then baru kejut kita. nanti kita lambat.
ucu :okey!!!
one mesej received at 7.30am
ilyana: ucu, kalau dah siang macam ni boleh solat subuh lagi x?
ucu : boleh lagi, terus je solat
afrina: ucu, boleh x belikan kita buku?
ucu : boleh, nak buku ape?
afrina:hmmmm.....
buku agama boleh?
ucu :okey!!!
ilyana :kakak pun nak buku agama
ilyana:ucu, macammana niat solat sunat?
ucu : sahaja aku solat sunat 2rakaat kerana Allah Taala.
ilyana:oooo
Alhamdulillah, perubahan anak2 buahku yang membuatkan saya sgt gembira. Mungkin setelah sebulan bercuti dikampung dan mendapat sentuhan tarbiyah seorang nenek. Kini, yang kakak darjah tiga secara konsisten solat fardhu 5waktu dan si adik darjah 1 masih ketinggalan solat subuh,. Bukan itu sahaja, malah banyak lagi sisi lain yang menunjukkan pengislahan dari mereka. (dah pakai tudung keluar rumah, x gaduh2 dan tendang,cakar dll aksi ganas)
Saya x pasti formula apa yang mak guna untuk menasihati dan mengubah mereka. Kami (ucu dan ibu) dah try banyak cara dan boleh dikatakan mereka ni x makan saman la.
Saya doa semoga mereka istiqomah dan sentiasa cenderung untuk melakukan amal soleh.
Moga kalian menjadi anak2 yang soleh dan solehah.
Slam syg penuh kesyukuran dari:
UCU
No comments:
Post a Comment