bismillahirrohmanirrohim...
no idea to say about the above title.
SO, try dulu, dan banyak yang bg pendapat
...kak umi nazrah said: fresh graduate memang sepatutnya banyak kali tukar-tukar kerja untuk cari mana satu yg paling cocok dengan diri kita
... abang said: try dulu, if u perform, they will pay u more...
... mak said: cah, jangan pegi kerje naik motor... mak risau. k.l tue sibuk sangat, tiap2 hari ada jer kes2 buruk yg jadi. kita ni perempuan, kalau lelaki mak x lah risau sgt. nnt dah dok tempat baru make sure 2-3hari sekali mesti call mak. mak ni kat kmpg, x tau ape anak-anak buat kat sane. jgn ligat sgt naik moto kesana- kemari.
saya tarik nafas panjang...
ALLAHUAKBAR.. moga Allah bersama-sama dengan keputusan yang saya buat. 3rd company selepas 6bulan bergelar mahasiswa. Bukan mahu terlalu memilih kerja, tapi mencari pengalaman dan ingin mencabar diri.
One thing yg dirasakan advantage adalah tempat baru ni sgt berdekatan dengan UKMKL dan menggunakan jalan sehala ke UIA.
Bagi saya, tawaran kerja ni adalah rezki yang tidak disangka-sangka. Sekitar minggu lepas, saya banyak mentadabur ayat-ayat berkenaan infaq. Dan, pada minggu ini.. Allah dah beri jalan dan idea untuk saya berinfaq. Subhanallah, cantik sungguh Allah aturkan hidup saya.
Yang paling saya tersentuh adalah firman Allah dalam surah Al-Baqarah:273
"(apa yang kamu infakkan) adalah untuk orang-orang fakir yang terhalang (usahanya kerana jihad) di jalan Allah, sehingga dia tidak dapat berusaha diBumi; (orang lain) yang tidak tahu, menyangka bahawa mereka adalah orang-orang yang kaya kerana mereka menjaga diri (dari meminta-minta). Engkau (Muhammad) mengenal mereka dari ciri-cirinya, mereka tidak meminta secara paksa kepada orang lain. APAPUN HARTA YANG BAIK KAMU INFAKKAN,SUNGGUH, ALLAH MAHA MENGETAHUI"
Syukur, alhamdulillah
Sekitar pengisian yang diterima minggu lepas, saya diajar tentang HAQQUL TAWAKKAL. Sangat suka dengan hadith yang diajarkan.
Dari Umar r.a berkata:
"saya mendengar rasulullah s.a.w bersabda: 'andaikata engkau sekalian itu suka bertawakkal kepada Allah dengan SEBENAR-BENAR tawakkal, nescayalah dia akan memberikan rezki pada-Mu sekalian sebagaimana Dia memberi rezki kepada burung. Pagi-pagi burung berperut kosong dan sore-sore kembali dengan perut yang berisi"
(hadith riwayat Tirmizi)
Akhirul kalam, sentiasalah optimis dengan Allah.
assalamualaikum..IBM ni own by mr jamal tul ker?
ReplyDelete