Tuesday, January 5, 2010

financial stability...waaaa


BISMILLAHIRROHMANIRROHIM
Dengan nama dan izin ALLAH S.W.T

eeeeeerrr....
camne ni? macam 'tercekik' jer dok KL nie. Macam-macam nak difikirkan. Sewa rumah, tambang pegi balik kerja, makan, keperluan lain ++ kehendak. Sah, memang x cukup dengan gaji saya sebagai pekerja kontrak ni.

Camne nak buat?? x kan masih mengharapkan allowance yang selalu tiba macam waktu study dulu. Kalau dulu, Dah dapat agak, dalam 26-28hb mesti ada orang call dan tanya, "duit poket ada lagi ke x?". errr, xkan sekarang pun nak jawab "hehe". Kalau boleh saya xnak menyusahkan orang lagi walaupun dia memang punya tanggungjawab untuk membiayai saya.

saya mahu berdikari dan hidup dengan usaha titik peluh saya sendiri.



saya perlu buat sesuatu!!!!!!

dulu masa belajar, saya buat bisnes kecil-kecilan. Quran tafsir, t-shirt, keropok ikan sira from terengganu. Tp, bisnes tu dah terhenti, x punya banyak waktu mahu menjaja lagi. Dah terikat dengan kerja2 pejabat dan jadual pengajian.

Mesti plan sesuatu untuk tambah duit poket buat tambang pengajian setiap minggu. Malah, keperluan lain turut perlu difikirkan. Saya xboleh senang mengharap gaji yang tetap setiap bulan. Harus cermat, bijak berbelanja.

Now, saya dah start buat catatan keluar masuk duit. Kerana, saya harus jadi financial planner yg bagus untuk diri sendiri dan keluarga malah untuk organisasi saya kelak.Moga dipermudahkan!

penah juga, rasa susah dengan keadaan sekarang tanpa PTPTN dan mencari ma'isyah=pendapatan sendiri. rasa xcukup dan best tengok manusia lain hidup mewah.

namun, saya terpujuk dengan ayat-ayat Allah dalam surah Al-Isra': 18&19

"barangsiapa menghendaki kehidupan sekarang (duniawi), maka Kami segerakan baginya di dunia itu apa yg Kami tentukan baginya Neraka Jahannam; ia akan memasukinya dalam keadaan tercela dan terusir"

"dan barangsiapa yang menjadikan kehidupan akhirat dan berusaha kearah itu dengan sungguh-sungguh sedang ia adalah mukmin, maka mereka itu adalah orang-orang yang usahanya dibalas dengan baik"

Ya... optimislah dengan ketetapan Allah bagi kita. Ia terkandung hikmah yang sangat hebat. Insyaallah, tarbiyah dari Allah dengan ujian-ujian dan minta kita sebagai hamba untuk sabar, berusaha untuk keluar dari kesulitan dan bertawakkal. Jika ujian datang bertimpa lagi itu tanda kita lebih disayangi dan dekat dengan-Nya.

salam.

No comments:

Post a Comment