Bismillahirrohmanirrohim
Berita 1: ayah seorang teman seperjuangan saya telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Moga teman yang dikasihi kerana ALLAH ini tabah dan tergolong dari golongan mereka yang dapat memberi ganjaran pahala pada si Ayah. Moga rohnya dirahmati Allah. Ameen
Berita 2: Pada jam 12.50 tengahari En. Zailan telah memanggil saya masuk ke ofisnya. Ada kawan boss ni perlukan orang@akauntan bekerja disyarikatnya yang terletak di Bangsar.
Disebabkan rumah saya dekat dengan syarikat kawannya, maka saya dipilih untuk masuk bekerja disana. Rasa macam speechless masa dia tanya, setuju @x. Dan berkali2 dia ulang, kami x halau, tp nakkan yang > baik untuk staffnya.
Dan kalau x serasi bekerja ditempat baru, segera hubungi dia balik. waaa,, manisnya bicara!!
Benefitnya, rumah dekat- lebih kurang 5minit dr Pantai Permai. Mungkin ini tanda termakbulnya doa emak yang selalu risau saya berulang-alik bekerja naik moto. Perjalanan dari Pantai Permai ke Setapak mengambil masa lebih setengah jam untuk sampai.
Sedihnya nak tinggalkan kawan2 yg sama2 bertungkus lumus since our practical training lagi. Haiz best, Syue caring, aina komited!!!!!
Special thanks jugak for Kak Ida yang paling bnyk beri comment dan tunjuk ajar sepanjang saya buat kerja-kerja tax.
Luv u all
ZAILAN & ASSOCIATES
was my first step to be an accountant
No comments:
Post a Comment