Tuesday, August 24, 2010

bila dah terjadi, saya terhantuk!


Bismillahirrohmanirrohim...


Lama sungguh tangan ini tak menulis sesuatu yg lahir dari hati. Bosan rasanya menekan nombor dan mengemaskini data inflow dan outflow. Ada sesuatu telah berlaku.


Bila ia berlaku,

kadang-kadang bila sesuatu perkara musibah berlaku, kita amat selalu membayangkan alangkah bagus sekiranya kita berundur setapak atau sesaat kebelakang.


Bila ia terjadi,

Kita terfikir dosa apakah yang ALLAH minta segera azabnya didunia? Lalu, menangis dan menginsafi diri.


Bila ia telah berlalu,

Maka kita pun terduduk kaku, dan mengalirkan air mata. Oh, rupanya sudah seminggu tidak menangis.. ALhamdulillah, masih diberi peluang


Bila ia menjadi peristiwa dulu,

Maka, jadikanlah pengajaran supaya ia tidak lagi berulang dan senantiasalah perbaiki kelemahan. Jangan pernah ada putus asa. INNALLAH MA'ana....


Perkongsian hadith Qudsi:


"Wahai anak Adam, sesungguhnya kamu tidak berdoa kepada-KU dan tidak menharap dari-KU, namun aku tetap mengampunimu sebagaimana keadaan dirimu dan aku tidak peduli. Hai anak Adam, andaikata dosa-dosamu mencapai puncak langit kemudian kamu memohon ampun kepada-Ku, nescaya Aku pasti mengampuninya." (HR Tirmidzi)


Ketika ini, saya belajar sesuatu. Jazakillah kepada yang telah menemani. Uhibbuki fillah.

Tuesday, July 13, 2010

MAHU JADI SEPERTI INI

“Aku membayangkan al-mujahid itu sebagai seorang pemuda yang sentiasa membuat persiapan, menyediakan bekalan, berupaya menguasai fikiran yang memenuhi setiap sudut jiwa dan segenap jurusan hatinya. Dia sentiasa berfikir dan menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap persiapan yang terus menerus. Apabila diseru dia menyahut. Apabila dipanggil dia menjawab. Pulang dan perginya, perkataan dan bicaranya, kesungguhan dan gurauannya tidak melampau bidang yang disediakan untuknya. Dia tidak mengambil tugas selain yang telah dituntut ke atasnya. Dia berjihad di jalanNya. Kamu dapat membaca pada garis wajahnya, melihat pada kilauan matanya dan mendengar pada gerakan lidahnya segala yang bergelora dalam hatinya berupa hawa yang melekat, kesakitan yang terpendam, keazaman yang benar, kesungguhan, cita-cita yang tinggi dan matlamat yang jauh sentiasa memenuhi jiwanya” - As-Syahid Imam Hassan Al-Banna –

Tuesday, June 15, 2010

KILAT

strucked by lightening


good view

after burnt

Jesus statue struck by lightning
OHIO - A SIX-story statue of Jesus Christ was struck by lightning and burned to the ground, leaving only a blackened steel skeleton and pieces of foam that were scooped up by curious onlookers on Tuesday.

The 'King of Kings' statue, one of southwest Ohio's most familiar landmarks, had stood since 2004 at the evangelical Solid Rock Church along the Interstate 75 freeway in Monroe, just north of Cincinnati.

The lightning strike set the statue ablaze on Monday, Monroe police dispatchers said.
The sculpture, about 19m tall and 12m wide at the base, showed Jesus from the torso up and was nicknamed Touchdown Jesus because of the way the arms were raised, similar to a referee signaling a football touchdown. It was made of plastic foam and fiberglass over a steel frame, which is all that remained on Tuesday.

The nickname is the same used for a famous mural of the resurrected Jesus that overlooks the Notre Dame football stadium. The fire spread from the statue to an adjacent amphitheater but was confined to the attic area, and no one was injured, police chief Mark Neu said.
Estimated damage from the fire was set at US$700,000 (S$973,980) - US$300,000 for the statue and US$400,000 for the amphitheater, fire captain Richard Mascarella said on Tuesday.
The Ohio State Highway Patrol was at the scene on Tuesday to prevent traffic jams and potential accidents from motorists stopping along the highway to take photographs. -- AP

Bismillahirrohmanirrohim
Seputar pengisian yang saya kongsikan dengan adik-adik minggu lepas telah saya mulakan cerita tentang kejadian Kilat. Seperti firman Allah dalam surah Ar-Rum:24
" Dan diantara tanda-tanda kebesaran-Nya, Dia memperlihatkan kilat kepadamu untuk (menimbulkan) ketakutan dan harapan dan Dia menurunkan air (hujan) dari langit, lalu dengan air itu dihidupkannya bumi setelah mati (kering). Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang mengerti".
Bagaimana sebenarnya kilat ini secara saintifik telah dikaji, ia akan kerap berlaku di kawasan-kawasan yang paling tinggi pencemaran. Seperti kalau di MALAYSIA, kawasan yang kerap berlaku kilat adalah di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru. Dek kerana pencemaran udara yang tinggi, kilat secara semulajadinya akan mengekalkan kandungan gas diudara pada peratusan yang asal.
Sebab itulah, bila terjadi kilat, selalunya akan disusuli hujan. Kemudian, kita akan hirup udara yang sangat segar selepas itu. Begitulah kebesaran Allah SWT.
Walaupun kadangkala kita takut dan tak suka pada kilat dan petir, namun sebenarnya kejadian itu terkandung hikmah yang sangat besar.Subhanallah.
Merujuk semula kepada berita yang berlaku di Ohio yang saya selitkan diatas tadi, dapat kita lihat bahawa sebuah PATUNG TAK GUNA yang dinamakan King of Kings itu, tak mampu pun nak melawan KILAT yang Allah swt jadikan. Itulah namanya patung yang terhasil dari ilusi manusia. Tak mampu langsung nak melawan kejadian KILAT yang realiti dari Allah SWT.
Jadi, marilah wahai manusia sekalian, mari kita mendalami ilmu kosmologi. Tak rugi!!! Lagi banyak kita tahu, lagi dekat kita dengan pencipta. Insyaallah.
~ fakta saintifik tentang kejadian kilat, tak dapat saya uraikan dengan baik kerana tidak dapat menemukan buku tentang itu. Hanya sekadar perkongsian yang didapati dari training.
Wassalam
Aisyah,
Jalan Pahang KL.



Wednesday, June 2, 2010

DOAKAN MEREKA.... seikhlasnya


Ya Allah, Sebagaimana Engkau pernah menghantarkan burung-burung Ababil menghancurkan tentera-tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada-Mu Ya ALLAH... kau turunkanlah bantuanmu kali ini kepada orang-orang Islam di Palestine dan dan aktivis-aktivis pro-palestine, hancurkanlah rejim zionis Yahudi sedahsyat-dahsyatnya... Amin


Sunday, May 16, 2010

1st DAY

Hari ini pengalaman hari pertama saya bekerja ditempat baru. Susah juga nak melelapkan mata malam tadi apabila teringatkan cabaran yang bakal dihadapi ditempat kerja pada keesokannya. Selepas membersihkan diri dan mengemas keperluan untuk dibawa esok, mata saya langsung susah untuk dibuka lagi. Tepat jam 12.20a.m saya melabuhkan mata diiringi doa dan mengadapkan badan kearah kiblat. Seperti kebiasaannya, saya tidak setting alarm clock. Saya percaya dapat bangun pada waktu yang saya kehendaki esok, ya… dengan izin Allah s.w.t.
Seperti ada kuasa membangunkan saya pada jam 5a.m. Dengan pantas, terus bangun menuju ke bilik air dan mengambil wuduk. Saya membawa telekung dan sejadah keruang tamu kerana disitu nanti insyaallah akan dapat ketenangan bermunajat pada Allah s.w.t. Ruang tamu rumah apartment Vista Angkasa ini ada sliding door dan angin paginya sangat Freshie.
Oh, saya rasa iri hati dengan sahabat serumah tatkala melihat dia bersujud diatas hamparan sejadah. Dalam hati saya katakan ‘oh, dia lebih awal bertemu Allah, dan aku lewat!
Mata tidak lagi mengantuk ,,, saya sarapan, iron baju sambil membuka rancangan pagi Malaysia Hari Ini di TV3. Susah juga nak buat pilihan baju untuk dipakai. Yelah, saya kekurangan baju-baju cantik. Takde pilihan tudung yang matching. Bila rasa susah buat plihan, saya beristighfar dan membetulkan niat kembali, “aku berbaju dan bertudung bukan untuk kelihatan cantik dihadapan manusia, tapi berbusana mengikut syariat dan berniat untuk menutup aurat. Apa dikisahkan dengan pandangan manusia. Asalkan, kita Nampak kemas sudah, kerana itulah yang dituntut dalam etika berpakaian menurut Islam.”
Penampilan hari ini adalah Jubah Hitam bersulam bunga daisy merah dan tudung bidang 60 dari jenis kain cactus pemberian mak saya. Saya melihat penampilan dicermin supaya Nampak yakin. First day will give 1st impression to others. Itu yang saya fikirkan.
Jam menunjukkan lagi 15minit ke angka 8. Saya menghamparkan sejadah untuk solat Dhuha. Dalam doa saya mohon supaya Allah mudahkan urusan dunia saya untuk mudah saya menggapai akhirat nanti, insyaallah.
Selesai berdoa, lipatan tudung kembali saya kemaskan. Helmet dan baju wind breaker segera dicapai. Bimillah… suhnallazi sahhara lanaa haaza wama kunna lahu mukrinin, wa inna ila robbina lamunkalibuun.. dengan yakin terus masuk gear dan membelah jalan.. Jalan Pantai Bharu,, Jalan Bangsar, Jalan Mahameru, Jalan Tun Razak dan akhir sekali Jalan Pahang.
Hati saya berdebar lagi ketika masuk ke persimpangan Bandar Baru Sentul, ini bermakna saya sudah hampir dengan tempat bekerja. Oh, baru jam 8.30a.m belum ada yang sampai lagi dan pintu pagar premis belum dibuka. Saya meneruskan perjalanan dan bertujuan untuk meronda as well as survey kawasan sekitar.
Subhanallah, ada lrt berdekatan dan banyak rumah-rumah pangsa disekitar premis. Peluang cerah untuk berpindah rumah. Moga Allah permudahkan, detik hati saya.
Kira-kira jam 9a.m, receptionist sudah sampai. Saya menamatkan perbualan telefon dengan mak. Kira-kira 3minit saya bercerita dengan mak tentang kawasan sekitar tempat kerja, mak pula berkongsi kegembiraan kerana PR menang pilihanraya kecil di Sibu, SARAWAK…..oh, saya noKOMEN.
Entering the office, wow!! Very nice office furnishes with all white furniture. I was mesmerized! PA Boss tunjukkan pejabat saya. Subhanallah, saya tak jangka! Saya ada bilik khas. Perabot dalam tu, semua berwarna putih dan bila saya duduk , saya boleh lihat semua meja-meja staff yang diletakkan diluar. So, saya dapat pantau STAFF yang lain. Berlagaklah tue..
Saya semak semua fail yang ditinggalkan oleh Akauntan yang lama. Saya ambil masa untuk study the documents of the company. Saya diperkenalkan dengan staff-staff yang lain dan semuanya friendly. Jenis take care, gelak kuat-kuat and so on >’_’Internet connection was very low and I just finish review the documents. Apa yang dikesalkan sekarang adalah saya tidak membawa tafsir al-Quran seperti kebisaan saya. Hari ini saya bawa tas tangan yang kecil dan tak dapat nak memuatkan my tafsir. Saya juga menyangkakan hari ini terlalu banyak perkara perlu dibuat dan saya tak sempat bertilawah dipejabat. Jadi tinggallah my pink Quran. So sad.
Saya tak tahu nak buat apa sekarang dan saya menaip apa yang saya lalui sepanjang malam dan setengah hari ini dalam hidup saya. Inilah catatan saya yang paling terperinci yg saya publish.
Dan pada hari ini juga saya merakamkan ucapan syukur terhadap Allah s.w.t atas kasih sayang dan cintaNya pada saya sebagai hamba, hingga hari ini terlalu banyak nikmat yang dilimpahkan kepada hamba. Moga hamba ini dapat mempersembahkan ‘amal terbaik sepanjang tempoh diberi hidup dibumiMu ini.
Pada jam 1.06pm. Saya terdengar alunan ayat Quran. Rupanya ada masjid berdekatan. ALHAMDULILLAH. Mengingatkan kita pada waktu solat. Boleh berjalan kaki kemasjid.

SALAM dari sya yg takde kerja

MAHABBAH ADALAH KALIMAT AQIDAH

Bismillahirrohmanirrahim

Seputar pengisian yang saya dapat malam tadi, saya ingin kongsikan pada post kali ini.
ada soalan dari penceramah jemputan pada malam tadi yang membuatkan saya tertarik dan berfikir banyak.

Apakah tujuan dasar penciptaan hati?

jawapan spontan dari kami bertiga adalah, waa bombastik question? dan ada juga yang menjawab hampir tepat dengan jawapan yang ada dalam benak penceramah.

jawapannya adalah: untuk mencintai dan mentaati Allah s.w.t. simple tetapi penuh dengan pengertian dan terkandung makna yang besar.

kecintaan dan ketaatan pada Allah s.w.t menuntut kita untuk memahami makna ikhlas dalam beramal, juga kita harus memahami erti pengorbanan yang sebenar baik dari segi jiwa mahupun pengorbanan dari segi harta.

wallahu'alam

Thursday, May 6, 2010

kerja baru

bismillahirrohmanirrohim...

no idea to say about the above title.
SO, try dulu, dan banyak yang bg pendapat
...kak umi nazrah said: fresh graduate memang sepatutnya banyak kali tukar-tukar kerja untuk cari mana satu yg paling cocok dengan diri kita
... abang said: try dulu, if u perform, they will pay u more...
... mak said: cah, jangan pegi kerje naik motor... mak risau. k.l tue sibuk sangat, tiap2 hari ada jer kes2 buruk yg jadi. kita ni perempuan, kalau lelaki mak x lah risau sgt. nnt dah dok tempat baru make sure 2-3hari sekali mesti call mak. mak ni kat kmpg, x tau ape anak-anak buat kat sane. jgn ligat sgt naik moto kesana- kemari.

saya tarik nafas panjang...

ALLAHUAKBAR.. moga Allah bersama-sama dengan keputusan yang saya buat. 3rd company selepas 6bulan bergelar mahasiswa. Bukan mahu terlalu memilih kerja, tapi mencari pengalaman dan ingin mencabar diri.

One thing yg dirasakan advantage adalah tempat baru ni sgt berdekatan dengan UKMKL dan menggunakan jalan sehala ke UIA.

Bagi saya, tawaran kerja ni adalah rezki yang tidak disangka-sangka. Sekitar minggu lepas, saya banyak mentadabur ayat-ayat berkenaan infaq. Dan, pada minggu ini.. Allah dah beri jalan dan idea untuk saya berinfaq. Subhanallah, cantik sungguh Allah aturkan hidup saya.

Yang paling saya tersentuh adalah firman Allah dalam surah Al-Baqarah:273
"(apa yang kamu infakkan) adalah untuk orang-orang fakir yang terhalang (usahanya kerana jihad) di jalan Allah, sehingga dia tidak dapat berusaha diBumi; (orang lain) yang tidak tahu, menyangka bahawa mereka adalah orang-orang yang kaya kerana mereka menjaga diri (dari meminta-minta). Engkau (Muhammad) mengenal mereka dari ciri-cirinya, mereka tidak meminta secara paksa kepada orang lain. APAPUN HARTA YANG BAIK KAMU INFAKKAN,SUNGGUH, ALLAH MAHA MENGETAHUI"

Syukur, alhamdulillah

Sekitar pengisian yang diterima minggu lepas, saya diajar tentang HAQQUL TAWAKKAL. Sangat suka dengan hadith yang diajarkan.

Dari Umar r.a berkata:
"saya mendengar rasulullah s.a.w bersabda: 'andaikata engkau sekalian itu suka bertawakkal kepada Allah dengan SEBENAR-BENAR tawakkal, nescayalah dia akan memberikan rezki pada-Mu sekalian sebagaimana Dia memberi rezki kepada burung. Pagi-pagi burung berperut kosong dan sore-sore kembali dengan perut yang berisi"
(hadith riwayat Tirmizi)

Akhirul kalam, sentiasalah optimis dengan Allah.