Monday, October 29, 2012

CINTA DAN PENGORBANAN


“ ibu…ain nak mainan ni, yang ni cantik, canggih..” rengek si anak kecil kepada ibunya yang sibuk menggeledah beg mencari duitnya.

“sekejap ye sayang.. ibu tengok duit dulu” balas si ibu meredakan hati si kecil walaupun si ibu tahu gajinya pada kali ini sudah habis gara-gara membayar hutang.
“ibu cepat la.. cepat nanti ada orang lain beli” desak si anak yang masih tidak mengetahui kesusahan yang dialami si ibu setelah kematian bapanya.

“emmm… ain kita beli lain kali la ye, ibu xcukup duit” kata ibu
“ xamhu! Nak sekarang jugak .. nak jugak! Tegas ain.

Ibu cuba memujuk tapi tidak berjaya malah nangisnya makin menjadi-jadi. Di kala kesempitan yang teramat  dan demi cinta serta kasihnya pada si kecil ini, dia sanggup berhutang sekali lagi dan mengambil upah kerja lain.

Lihatlah! Betapa sayangnya ibu pada anaknya. Mungkin sahaja kecilnya kita ibu pernah berkorban sebegini rupa. Ibu akan buat apa sahaja untuk anak-anak yang disayangi biarpun terpaksa berhujan dan berpanas. Takkan pernah ibu mengecewakan anak-anaknya.  Itulah lumrah dan tanda cinta seorang ibu kepada anak-anaknya.

Jika ibu mampu kenapa tidak kita? Di mana kita letakkan cinta kita? Bukan sahaja pada manusia tapi pada Pencipta kita yang paling penting. Adakah kita mampu berkorban segalanya untuk sesuatu yang kita dan yang menyayangi kita? Apa kita faham maksud cinta dan pengorbanan yang sebenar? Jika ditanya rata-rata masyarakat diluar sana pengertian cinta dan pengorbanan pastinya ramai yang menjawab “cinta ialah perasaan antara lelaki dan perempuan, pengorbanan adalah berkorban iaitu menyembelih haiwan ternakan berkaki empat dengan alatan yang tajam” inilah jawapan rata-rata masyrakat pada hari ini. Kebanyakkan mengetahui secara superficial jadi kita perlu sama-sama renung diri kita kembali. Sudah berapa lama kita hidup? Sudah banyak mana pemahaman kita? sudah berapa tinggi dan mendalam cinta kita pada Allah? Dan berapa banyak yang kita berkorbankan untuk Allah?

Katanya sayang Allah, cinta Allah apa buktinya?? Hanya sekadar dibibir atau sebenar-benar tertanam dalam hati. Sama-sama kita reflek diri kita. Jika benar cinta allah apa buktinya. Kalau melihat sirah Rasulullah, cintanya pada Allah sudah jelas. Baginda berkoran seluruh jiwa di jalan Allah. Mengadai nyawa di medan perang, megadai nyawa dan harta menyebarkan ajaran Allah.  Itulah tanda cinta, butuh pengorbanan dan pembuktian.  Tidak gusar dan tidak gentar kerana baginda tahu ganjaran dari allah itulah yang sebaik-baiknya.

“dan diantara manusia ada orang yang mengorbankan dirinya untuk cari keredhaan Allah dan Allah maha penyantun kepada hamba-hambanya” (2:207)

Seperti ayat di atas allah telah menjanjikan kebaikan kepada orang yang berkorban di jalan Allah. Apa erti pengorbanan? Luas definisinya mugkin saja melepaskan sesuatu yang kita sayang atau berhabis tenaga, masa dan harta demi sesuatu. Pengorbanan itu adalah suatu yang memeritkan tetapi penuh dengan hikmah.  Dalam surah at-taubah ayat41 “berangkatlah dengan rasa ringan maupun berat dan berjihad;ah dengan jiwa dan hartamu” . Di sini jelas berkorban bukan sahaja limit pada nyawa tetapi juga harta, masa, tenaga dan yang paling susah adalah korban perasaan. Sebab itulah peringatan itu penting supaya hati kita boleh dididik dan perasan kita boleh dilentur. (87:9)

Kalau kita lihat zaman rasulullah, ketika penyebaran islam berlaku terlalu banyak teladan dan contoh cinta dan pengorbanan yang boleh menjadi pembooster. Sebagai contoh kisah Saad bin Abi waqash di mana ditentang hebat oleh ibunya sendiri apabila Saad b. Abi Waqash memeluk islam. Pelbagai cara dilakukan si ibu untuk membawa Saad ke agama asal namun semuanya gagal. Sehinggalah ibunya menyatakan dia tidak akan makan dan minum selagi Saad b. Abi Waqash tidak kembali bersamanya. Mogok makan itu menyebabkan tubuhnya lemah dan hampir mati namun Saad b Abi Waqash berkata
“demi Allah, ibu harus tahu seandainya ibu mempunyai seratus nyawa, lalu keluar satu persatu, aku tidak akan meninggalkan agama yang aku peluk sekarang. Sekarang terserah ibu mahu makan ataupun tidak”
Nah! Inilah salah satu pembooster yang dapat meningkatkan semangat kita untuk terus berjuang dan berkoraban di jalan Allah sebagai satu pembuktian cinta kita pada Allah. Memang pengorbanan itu sukar namun itu salah satu cara menunjukkan betapa sayang kita pada Pencipta, tanda menguji keimanan dan cara untuk mendapatkan ganjaran dan syurga Allah.

Allah berfirman dalam surah As-saff “mahukan kamu aku tunjukkan satu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih ?”   iaitu beriman kepada Allah dan rasul serta berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah lebih baik jika kamu mengetahui.

Dalam satu hadith :
Ditanya orang akan Rasulullah s.a.w. : "Siapakah manusia yang lebih utama?" Maka jawab Rasulullah s.a.w. orang yang lebih utama ialah orang mukmin yang berjihad di jalan Allah dengan diri dan hartanya sendiri. Mereka berkata : Siapa kemudian? Sabda Rasulullah s.a.w. orang mukmin yang berada di satu lurah bukit ia takut kepada Allah dan menyeru manusia supaya menjauhi daripada angkara kejahatan ". (Hadis Riwayat Bukhari)

Jadi jelaslah cinta pada sesuatu yang kita sayangi butuhkan pembuktian dan pembuktian itu adalah pengorbanan. Secara ringkasnya pengorbanan itu adalah usaha seorang hamba untuk mendekatkan diri kepada penciptanya melalui amal perbuatannya yang ikhlas dan merangkumi pelbagai aspek seperti harta, tenaga, masa, nyawa dan perasaan. Cinta dan pengorbanan ini tidak datang dengan semulajadi ia harus dipupuk, dipraktikkan, dan diingatkan supaya setiap amal yang dilakukan benar-benar ikhlas untuk mencari redha allah. Renung dan hayatilah kisah-kisah para sahabat agar dapat menjadi “pembooster” untuk terus tegar dan istikomah di jalan Allah kerana yang pasti Allah akan memberikan ganjaran yang terbaik kepada hambanya seperti firman Allah dalam surah al-imran:
"Dan bersegeralah kamu kepada mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu, dan mendapat syurga yang bidangnya luas segala langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang  bertakwa. Iaitu orang-orang yang menderma hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya dan orang-orang  yang memaafkan kesalahan orang dan ingatlah Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik." ( Surah ali - Imran : 133-134 ) .

-norhasimah karsimin-

No comments:

Post a Comment